Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 20, 2008

Nota Baju Kurung Pesak Gantung

Assalamualaikum,

Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)

BAJU KURUNG PESAK GANTUNG




Ukuran-ukuran

Paras pinggang belakang
Paras Punggung
Labuh baju
Lebar bahu
Labuh tangan dari tengkuk
Keliling pangkal lengan
Keliling leher
Keliling dada
Keliling punggung

Cara-cara merajah pola



Badan
0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm
2-1 = Ukuran paras punggung
3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm
4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas
10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka
12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang
13-12 = 4cm
14-13 = dinaikkan 2cm
Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah
15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.
Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher
(seperti membuat leher baju kurung biasa)



Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.
2. Rujuk di sini untuk lubang leher.
3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:
- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.
- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.
- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.

Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha



Tuesday, December 16, 2008

Tutorial jahitan mata lalat - kemasan leher

Assalamualaikum..

Saya ada rakam video cara menjahit mata lalat memandangkan ramai yang ingin belajar jenis jahitan ni. Saya harap anda dapat belajar daripada video ni. Sila beri komen sekiranya tidak faham atau ada apa-apa masalah. Tinggalkan juga komen kalau anda rasa tutorial ini membantu dan anda sukakannya. Saya amat menghargai maklum balas anda.




Beginilah rupa jahitan mata lalat. sama tak dengan anda punya? kalau anda punya tak lawa jangan putus asa.. USAHA LAGI!

Tuesday, December 09, 2008

Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...

Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.

Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.
Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.
Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.
Pastu, jelujurkan.
Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.
Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.
***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

Tuesday, November 25, 2008

Hari lahir saya + Demam

Assalamualaikum.. semalam hari lahir saya 24 Nov.. takde buat apa pun, just beli kek dan goreng mee.. semalam saya demam hari ni baru elok skit Alhamdulillah tapi still kena berehat. dari minggu lepas lagi saya demam dan sakit kepala, x dapat nak menjahit... Dalam masa demam tu macam-macam saya fikir dan perasaan tak stabil. Hasilnya, heart broken + lebih sakit kepala. Takpelah, bukan nak cerita pasal tu tapi nak tunjuk gambar ni je... Kek ni ayah tempah kat kedai bakeri Muslim kat Chempaka Sari (LOL promote lagi..) nama kek ni Blackforest dan kat dalam kek ni ada buah.. Kak Yong paling suka kek blackforest ni. Kek ni sedap dan tak muak.. sesapa duduk dekat area sini cubalah beli kat bakeri ni. Lagi satu, roti cheese kedai tu sedap dan lembut. tapi tak boleh makan selalu T_T

kat atas kek ni tertulis "Selamat Harijadi Dik Nur Ke-19"



Strawberries dan kepingan-kepingan coklat berhimpit-himpit merebut tempat.


oklah.. setakat ni je.. saya nak sambung rehat..

Sunday, November 16, 2008

Baju Batik Kak Ngah...

Bahagian Depan


Bahagian Belakang


Assalamualaikum...

Baju kat atas ni bukan saya yang jahit tapi Kak Ngah. Kak Ngah nak wujudkan fesyen baru kat Malaysia ni iaitu Fesyen Baju Batik. Kenapa? Apa yang pelik sangat dengan baju batik? Taklah pelik.. cuma Kak Ngah guna Kain Batik untuk dijadikan baju... tak pernah saya nampak orang pakai baju jenis ni setakat ni. Modal nak buat baju ni taklah mahal.. Kain batik ni Mak Yang beli kat Langkawi.. murah je RM11.. tapi kalau beli baju batik yang dah siap camni kat kedai harganya sampai RM50!! pelik tak kenapa kalau kat kedai baju ni mahal sangat? padahal kain batik murah je.. kenapa? sebab susah nak potong kain batik ni. bukan sebab kain ni lembik tapi sebab susah nak tentukan corak kain bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan badan dan tangan. kalau salah cara memang tak cukup kain. pening pun ada bila nak pilih corak kain ni... lepas tengok Kak Ngah jahit baju ni.. saya pun teringin nak jahit jugak baju camni.. corak kain batik kami sama tapi warnanya lain.. InsyaAllah saya akan jahit jugak baju batik tapi bukan sekarang hehehe

Saturday, November 15, 2008

Koleksi barang-barang jahitan

Assalamualaikum..

Saja nak tayang barang-barang jahitan yang berlambak ni..

Benang-benang.. tak perlu pegi kedai beli benang.. kalau ada kaler yang sama dalam koleksi ni bolehlah guna. tapi kalau takde kena pegi kedai jugak..



Zip-zip dan piping..



Getah yg bergulung-gulung dan kain gam yang berkeping-keping..



Lihatlah barang yg bersepah-sepah ni.. hehehe..

Hari ni saya tersedar tentang sesuatu.. i shouldn't put a high hope on anybody.. I was wrong about something... i am nobody.. i should realize this earlier.. but it's ok though coz it's still not too late before it gets worst. I don't blame anybody for my own stupidity..

Tuesday, November 11, 2008

Baju songket Mak Yang

Actually baju songket Mak Yang ni ada 3 pasang tapi sy sempat snap 2 pasang je. nampak macam cantik je songket... tapi sayang tak boleh pakai selalu... oh yeah.. saya dah master jahitan mata lalat.. dah agak mahir. Saya berpuas hati dengan jahitan mata lalat saya sebab nampak kemas, cantik dan halus hehehe puji diri sendiri pulak. tapi nasib baik saya tak syok sendiri sebab orang lain cakap benda yang sama jugak =) yang paling best, saya dah pandai jahit lubang butang kat leher baju kurung Alhamdulillah.. thx to my mom! senang je rupanya, kejap je siap! Jahitan lubang butang ni menggunakan jahitan jenis insang pari. Actually, jahitan mata lalat pun senang. Asalkan kena mencuba. kalau tak tahu mmg nampak susah (macam sy sebelum ni). Terfikir jugak nak buat video tutorial cara menjahit mata lalat tapi tak berkesempatan. InsyaAllah saya akan cuba sebab saya tengok ramai yang nak belajar cara jahit mata lalat.







Hari lahir Kak Ngah

6/11 hari lahir kak ngah.. x sambut pun tapi just beli kek dari kedai bakeri Muslim kat Chempaka Sari (promote.. hehehe) nilah keknye.. Chocolate Indulgence namanya.. "ngah selamat harijadi ke-24" LOLL!



ni hadiah daripada mak yang



tapi yang ni paling MENARIK... ada pulak budak kucing yg nama dia EPONG jadi model COKLAT VOCHELLE. buat-buat comel la tu hahaha



ni lagi


nama kucing-kucing saya.. ALOI, EPONG, EPENG hahaha... nama Aloi tu ayah yg bagi. Epong dan Epeng saya yg bagi. Cakap pasal coklat pulak, tak habis-habis coklat dalam rumah ni... belum habis lagi yang ada, ayah beli lain.. hehehe takpelah sebab ayah suka bagi coklat kat budak-budak kat surau.

Wednesday, October 29, 2008

MyGfl?? Hmmmm...

Kepada pengunjung blog saya yang melawat website MyGfl melalui blog ni, nampaknya website MyGfl tak dapat diakses. Saya pun tak tahu kenapa. Jangan patah semangat untuk belajar.. harap bersabar sehingga website MyGfl.net.my pulih semula =)

Wednesday, October 15, 2008

Impian dan Kenangan..



pencil colour STAEDLER LUNA ni memang jadi idaman saya darjah 2. Teringin nak pakai yang besar. Teringat dulu waktu darjah 2, puas pujuk ayah beli LUNA yang besar punye. Bila dah dapat, seronok sangat (tapi bukan yang besar camni). Pastu bawa ke sekolah tunjuk kat Ain(sahabat baik). tengah seronok mewarna sambil sembang dengan S yang duk kat sebelah, saya terperasan apsal kaler pensil saya ni makin berkurang. Saya pun abaikan sebab tak fikir apa-apa pun waktu tu. Lagipun saya letak kaler pensil tu kat dalam laci meja. Sembang lagi dengan S sambil mewarna. Tengok dalam laci meja, terperasan lagi kaler pensil sikit sangat. Apesal tak tau. Tiba-tiba, Ain bagi isyarat. "Leha.. Leha.. S ambik pensil kaler kamu..". Saya kurang percaya. Macammana pulak dia boleh ambik padahal dia kat sebelah saya. Pastu Ain cakap, waktu dia tengah sembang dengan saya, tangan dia seluk bawah meja ambik pensil kaler saya. Rupanya saya tak perasan. Huh! Berani sungguh! Saya tak nak gaduh-gaduh.. saya pun cari satu jalan penyelesaian yang baik. Ini pun cadangan Ain. kekeke.. saya buat-buat sembang dengan dia sambil tangan saya seluk balik bawah meja dia.. ambik pensil kaler saya balik. hahaha.. rupanya dia pun tak perasan.. tapi saya tak dapat ambik semua sebab tak sempat.. takpelah.. kekeke Sian pulak dia bila saya pikir balik. Kenapa sampai nak ambik benda orang? sian dia... mungkin dia teringin nak kaler pensil macam saya walaupun dia dah ada.. Akhirnya, impian saya yang dah bertahun-tahun tu tercapai setelah saya beli pensil kaler kat atas ni dengan duit saya sendiri waktu form 5. hehehe tak taulah nak kaler ape waktu form 5? Sebenarnya jadi koleksi je... Sayang sangat. Bila kakak nak pinjam "tak boleh, pakailah yang lama" hehehe kedekut! tapi saya bagi jugak diorang guna setakat nak kaler sikit-sikit. Sekarang ni, pensil kaler tu tersimpanlah dalam almari jadi hiasan.. hehehe.. Sayang sangat dengan benda yang namanye LUNA ni. Brand lain sy tak berapa suka sebab kalernye tak pekat. Akhirnya.. impian saya waktu darjah 2, tercapai Alhamdulillah..

Sunday, October 12, 2008

MyGfl: Nota Baju Melayu Cekak Musang

Assalamualaikum..

Dibawah ni ada nota cara menjahit baju melayu cekak musang. Saya ambil drpd laman web myGfl.net.my. di bawah ni hanya manual sahaja tetapi lebih baik pergi ke sini http://www.mygfl.net.my/mygfl/learningobjects/BajuMelayu/index.html untuk penerangan secara gambar bergerak. Ramai yang cari nota baju melayu dan baju kurung pesak gantung. Nota baju kurung pesak gantung takde kat myGfl.. insyaAllah saya akan publish nota saya kat blog ni.. Saya harap nota ni dapat memberi manfaat kepada anda semua.. Semoga berjaya..

Updated 27 March 2009

Sila klik di sini untuk download nota ini.

Friday, October 10, 2008

My favourite Sup Sayur



Sup ke? bolehlah dikatakan sup... nampak je macam ni tapi PEDASS.. hehehe.. lagi pedas lagi sedap. Apa yg membuatkan sup ni pedas? saya taruk serbuk lada hitam banyak-banyak dan JENG JENG JENG... Cabai Burung! atau cili api. saya cincang cabai burung tu jadi sangat kecil sampai orang tak perasan. Kesian mak tertipu dengan sup ni. Mak ingat tak pedas kot. Sekali makan... Ooopsie! hehehe.. Setiap kali makan sup ni, mesti berpeluh sebab sup ni pedas dan panas. Oh ye, sup ni boleh dimakan dengan mi atau kuetiow. sedap dimakan waktu panas. Bahan lain, brokoli, bunga kobis, sotong, carrot, bawang putih, tepung jagung.

Saturday, September 20, 2008

Baju Kurung Pesak Gantung

Mira punye baju kurung pesak gantung..

Hari ni Mira ambik baju raya dia (baju kat bawah). Seronok tengok Mira gembira. Kegembiraan pelanggan adalah kegembiraan saya juga... Rasa sangat gembira bila orang pakai baju yang saya jahit. Lebih gembira dan puas bila diorang sangat sukakannya. Sebenarnya sebelum ni saya tak pernah jahit baju pesak gantung. Bila Mira mintak baru saya jahitkan. Wah wah wah.. baru first time jahit pesak gantung dah try kat kain orang? hehehe.. Alhamdulillah jadi.. Macam dulu, jubah saya yang pertama saya jahit kat kain mahal ekekeke. Tinggi sungguh keyakinan saya waktu tu. Yelah, bila fikir saya tengah jahit kain mahal, tidak dapat tidak saya kena buat betul-betul walaupun percubaan pertama. Alhamdulillah.. saya berpuas hati dengan hasilnya. Berbalik kepada pesak gantung tadi. Baju pesak gantung memang cantik. Sekarang ni, family saya nak pesak gantung je untuk raya ni. Baju kurung pesak buluh dah selalu sangat jadi tahun ni nak buat kelainan.

Apa beza baju kurung pesak gantung dengan baju kurung pahang? macam sama je... lebih kurang je tapi baju kurung pahang lagi kembang daripada pesak gantung. Cara jahit pesak tak sama. Saya lebih suka pesak gantung. Saya merujuk buku Mariam Abu Bakar: Panduan membuat pakaian untuk baju ni. Tapi saya ubah sikit mengikut cita rasa saya.. hehehe jahit baju orang tapi baju saya tak jahit lagi.. baju saya kemudian pun takpe.. lepas raya pun boleh. tak kisah.. dah siap semua baju orang barulah tiba giliran baju saya...





Bahagian leher

Pada bahagian leher baju ni, saya jahit kemasan leher jenis MATA LALAT untuk mengukuhkan jahitan di bahagian leher. Sebenarnya, saya baru je mahir jahit mata lalat. Dulu waktu belajar dengan cikgu saya tak berapa faham pastu saya abaikan hehehe.. sekarang ni bila cuba-cuba buat sendiri barulah tahu senang rupanya jahit mata lalat. Dengan berpandukan tutorial jahitan mata lalat di MyGfl, saya berjaya memahirkan diri dengan jahitan ni. Jahitan Karipap cantik juga tapi bagi saya jahitan mata lalat lebih kukuh. Apa beza Karipap dan mata lalat? Bentuk dan coraknya berlainan. Karipap menggunakan 1 lembar benang manakala mata lalat 2 lembar benang. Karipap 7 lilitan manakala mata lalat 2 lilitan (saya buat 3 lilitan supaya lebih besar. ikut suka..).




Bahagian sisi

Bagi saya, kecantikan baju kurung pesak gantung terletak pada cantuman pinggang. Saya rasa kain yang tak bercorak sangat sesuai dibuat pesak gantung sebab kita boleh nampak cantuman di pinggang. Kalau guna kain bercorak macam dalam gambar rasanya tak nampak sangat cantuman kat pinggang tapi nampak macam baju kurung pesak buluh je (baju kurung biasa). Tapi cantik jugak walaupun kain bercorak. Ikut cita rasa masing-masing. Cantuman tu kena jahit betul-betul selari barulah nampak cantik.




Setakat ni saja... InsyaAllah saya akan post lagi pasal baju kurung pesak gantung. Mungkin lepas raya saya akan buat post seterusnya. Dalam minggu ni saya sangat sibuk. Maklumlah nak raya. Tapi rasa malu kalau nak sambut raya beria-ria sedangkan pencapaian di bulan Ramadan mengecewakan. Malu sungguh!! Kalau ibadat di bulan Ramadan 5 BINTANG ***** barulah seronok nak meraikan Aidilfitri dengan riang gembira.. Beruntung sungguh seorang kekasih Allah ini yang berkata "Alhamdulillah, Allah menjadikan semua bulan sama saja bagi ku" Maknanya ibadatnya pada bulan-bulan lain sama saja hebatnya dengan bulan Ramadan maka takde beza antara bulan Ramadan dan bulan-bulan yang lain. Subhanallah! Ya Allah, kurniakanlah sifatnya kepadaku walaupun sedikit... amin..

Friday, September 12, 2008

Buku Sulaman Benang & Manik Labuci - Rosita Jaafar



Judul : Sulaman Benang & Manik Labuci
Pengarang : Rosita Jaafar
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Fesyen
Mukasurat : 302 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Ulang Cetak : 2005,2006
ISBN : 9676115746

Buku ini mengandungi 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci. Memuatkan panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemporari.

Cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan.

Setiap contoh sulaman dapat memberi idea sebelum mereka pakaian, alas meja, sarung kusyen, alas pinggan, set alas katil atau hiasan.

Gambar dan ilustrasi yang jelas membantu anda memahami dengan mudah.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut dan membeli buku ini.

Thursday, September 11, 2008

Nota Jahitan Langsir Royal Scallop dan Box Pleat

Ramai yang berkunjung ke blog saya mencari nota jahitan langsir scallop dan box pleat. Saya faham Aildilfitri makin hampir. Sudah tentu ramai yang tercari-cari nota untuk menjahit langsir dan baju. Untuk memudahkan anda, saya akan bagi link ke nota jahitan langsir MyGfl. Sila mendaftar dulu, barulah anda dapat melihat nota-nota yang disediakan beserta dengan gambarajah dan ilustrasi. Mari kita gunakan dan memanfaatkan kemudahan yang percuma ini yang disediakan oleh pihak MyGfl.net.my.

- Daftar jadi ahli MyGfl disini.
- Nota Jahitan Langsir Royal Scallop
- Nota Jahitan Langsir Box Pleat

Buku-buku jahitan

Buku-buku jahitan pakaian dan langsir di bawah ini amat berguna untuk dijadikan panduan. Anda boleh membeli buku-buku ini secara online atau di kedai-kedai buku.

*info tambahan : buku-buku kat bawah ni bukan saya yang jual dan tiada dalam simpanan saya. saya cuma letak link kedai buku online untuk memudahkan anda membeli. Setelah anda klik pada buku yang hendak dibeli, lihat sama ada stok masih ada atau tidak di kedai buku online itu. Kalau stok tiada, sila datang lain kali kerana kemungkinan mereka telah mendapatkan stok baru.

Panduan Membuat Pakaian



Panduan Membuat Pakaian
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 55.00
ISBN : 978-967-860-082-8

Sinopsis

Sebuah buku rujukan lengkap yang memuatkan cara-cara asas menjahit pakaian dengan tepat. Dimuatkan panduan terperinci menjahit skirt, kain, blaus, kemeja, slek, gaun, kebaya, baju kurung, jaket dan sebagainya. Bagi jenis pakaian yang lebih rumit, anda boleh mengubah dan mengolah blok untuk memudahkan penyediaan.

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN sesuai dijadikan teks pembelajaran dan rujukan bagi penuntut dan pereka yang berminat dalam seni menjahit. Sifat rajin dan ditambah dengan daya kreativiti dapat menghasilkan pakaian yang dijahit sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Malah, kemahiran dalam bidang ini dapat menjimatkan kos menempah yang tinggi selain menambahkan sumber pendapatan diri dan keluarga.

Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita



Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 21.00
ISBN : 978-983-124-114-1

Sinopsis

Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita adalah lanjutan daripada buku Panduan Membuat Pakaian yang telah diterbitkan sebelum ini. Jika di peringkat awal, anda didedahkan dengan teknik-teknik asas, kini anda digalakkan mencuba teknik-teknik dari segi penyediaan pola.

Penyediaan pola-pola sebenarnya lebih mudah dan masa yang diambil lebih pendek. Dan buku ini penuh dengan cara-cara menyedia pola bagi pakaian-pakaian yang lebih rumit. Seperti lazimnya, susunannya mengikut kategori, dari paling mudah kepada yang paling rumit.

Kreativiti membawa kelainan. Pelbagai gaya penyeri tingkap bagi mencetus idea panduan menghias.

Buku pertama dalam bahasa Melayu yang menerangkan secara terperinci kaedah menjahit langsir. Skil yang diperolehi boleh dijadikan sumber pendapatan keluarga.

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Teknik Menjahit



Variasi Teknik Menjahit
Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-251-3
Harga : RM 21.00

Sinopsis

Menjahit bukannya sukar sangat. Tetapi jika tidak tahu cara-cara dan tekniknya, mutu jahitan akan nampak murah dan kurang berkualiti.

Bagi mendapatkan kemasan yang bermutu, setiap jahitan harus digosok terlebih dahulu. ia akan kelihatan lebih kemas berbanding jika anda menggosok pakaian setelah semuanya siap dijahit. Cuba anda tinjau pakaian yang dijual dibutik. Perhatikan mutu jahitannya. Begitu kemas dan rapi, kan? Setiap panel depan, garisan leher sehingga ke hujung skirt atau lengan nampak cantik sekali.

Variasi Teknik Menjahit diterbitkan khusus untuk memberi panduan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit pakaian wanita. Antaranya ialah kebaya, baju kurung, balaus, jaket, seluar, baju tidur dan hiasan manik. Setiap arahan dilengkapi dengan foto berwarna bagi memudahkan pemahaman.

Berdasarkan pengalaman sebenar, Rosita jaafar mengajak anda berkongsi teknik menjahit yang mudah tetapi terbukti hasil jahitannya. Cara pengajaran yang jelas dan praktikal ini amat senang untuk difahami.

kepuasan sebenar akan lebih terasa seandainya pakaian yang dihasilkan bukan sahaja dapat disiapkan tetapi juga selesa dipakai dan terletak cantik di badan. Anda pasti berasa bangga menyarungkan pakaian hasil kerja tangan sendiri malah tidak mustahil minat menjahit ini akan menghasilkan pendapatan lumayan jika benar-benar fokus mendalami bidang jahitan ini.

Yakinlah dengan kebolehan sendiri dan mulakan menjahit sendiri hari ini juga!

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Seni Jahitan




Variasi Seni Jahitan

Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-121-5
Harga : RM 21.00

Sinopsis

PEMILIHAN fesyen dalam berpadanan boleh mempengaruhi penampilan dan citra seseorang wanita. Biar apa jua rekaan, sama ada moden ataupun tradisional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempesona.

Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri adakalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadang-kadang semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan.
Usah bimbang, VARIASI SENT JAHITAN ada jawapannya.

Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik. Dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya.
Kaedah melukis pola, memotong fabrik dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin.
Panduan menjahit sulaman, ros satin, manik dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipraktikkan sebagai sumber pendapatan.

Kehalusan seni jahitan sebenarnya begitu menyeronokkan untuk dibuat sendiri. Apa kata... tunjukkan bakat terpendam anda hari ini juga!

Klik disini untuk membeli buku ini.

Variasi Hiasan Langsir



Variasi Hiasan Langsir
Penulis : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-057-X
Harga : RM 19.90

Sinopsis

Hiasan dalama tidak terbatas kepada golongan mewah dan elit sahaja. Ia adalah milik semua kelas masyarakat. Apa yang paling penting ialah kebijaksanaan menggunakan elemen menghias bagi menghasilkan penyudah yang sempurna dan bergaya. Langsir, misalnya adalah antara kemasiapan yang mudah diganti dan memberi kesan perbezaan ketara asalkan kena dengan konsep dan gayanya.

Variasi Hiasan Langsir ialah sebuah buku yang cukup komprehensif. Saya dapati ia padat dengan pelbagai ilham mencorak tingkap dan mudah dipelajari berpandukan langkah-langkah yang dipaparkan. Apatah lagi bahan-bahan ini boleh dijadikan panduan untuk menggarap keindahan kediaman impian anda. Malah dengan buku ini sebagai rujukan, anda mampu menghasilkan hiasan langsir dengan penuh yakin persis seorang artisan hiasan dalaman profesional

Wan Norlelawati W. A. Aziz
Editor majalah Impiana

Klik disini untuk membeli.

Cara Mudah Menjahit Langsir



Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676117951


Cara Mudah Menjahit Langsir menyediakan panduan mudah untuk menjahit langsir sendiri. Panduan diberikan untuk memilih kain langsir yang sesuai berdasarkan paten yang dipilih. Panduan mengambil sukatan kain juga diberikan. Di samping itu disediakan juga cara mengunting, menjahit dan mencantumkan langsir mengikut paten yang dipilih.

Buku ini disediakan oleh penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar membuat langsir. Adalah diharapkan melalui buku ini, anda boleh menjahit sendiri langsir di rumah anda. Malah ia boleh menjadi sebagai sumber pendapatan yang baik jika anda telah mahir. Anda pastinya mampu mereka paten langsir mengikut kesukaan sendiri dengan belanja yang lebih murah.


Kandungan
1. Pencil Pleat
2. Puff Curtain
3. Ombak Pasir
4. Pleated Skirt
5. Angsana Scallop
6. Princess Scallop
7. Apron Style Curtains
8. Twisted Curtains
9. Formula Span Heading
10. Pleated Skirt Span Heading
11. Double Pleat
12. Bell Pleat
Biodata

Klik disini untuk membeli buku ini.


Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2



Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 65 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789676121037



Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkah yang diberi dapat membantu anda menyediakan langsir yang cantik.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.

Kandungan

Pendahuluan
Cara Mengukur
Giant Box Pleat
Skirt Menara Jati
Skirt Smoking
Angsana Skirt
Single Scallop
Diamond Pleat
Butterfly Pleat
Tivoli Curtain
Ombak Stulang Laut
Plamed Curtain
Plamed Skirt
Scallop Tanjung Puteri
Rekaan Langsir
Biodata

Klik disini untuk membeli buku ini.

Saturday, August 23, 2008

Jual reload prepaid - MyMode

Hari ni nak cakap pasal jual top up. Lebih kurang sebulan saya secara rasmi menjadi agen MyMode. Saya ni boleh dikatakan usahawan prepaid hehehe.. Oleh kerana saya malas nak keluar pergi kedai beli prepaid jadi saya join jadi agen MyMode. Boleh beli utk diri sendiri atau nak jual kat org lain. Dpt rebate tiap2 minggu. Apa benda MyMode ni??

MYMODE diasaskan oleh syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn. Bhd (618758-H), beribu pejabat di C01-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Ia telah didaftarkan pada tahun 2003 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 200,000 orang agent seluruh malaysia. Ia telah memenangi beberapa award di peringkat antarabangsa seperti "The 4th Asia Pacific/Malaysia e-Entreprenuer Excellence Award" dan "The 4th Asia Pacific International Honesty Enterprise - Keris Award 2005".

APA NI? SKIM CEPAT KAYA/PIRAMID KE?
Tidak. MYMODE merupakan sebuah perniagaan sah yang berdaftar, diasaskan oleh Syarikat Asia Mobile Commerce Privilledge Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan SMS Prepaid. Dengan pendaftaran keahlian RM65, anda sah sebagai Agent Mymode dan secara tidak langsung merupakan ‘Tokey Prepaid Topup’ dengan kedai bergerak beroperasi 24jam, tidak kira masa, tidak kira tempat!!

MyMode amat bagus untuk diceburi sekiranya anda merupakan salah seorang dari golongan dibawah:

1. Pelajar IPTA/IPTS - Yang menggunakan talian prepaid, Member-member ramai pakai prepaid, duduk kolej, susah nak gi kedai untuk top-up handphone, mahukan side income.

2. Graduan University - Baru grad, belum punya kerja, nak releks dulu sebab baru habis belajar, tapi nak duit dengan cara senang, tahu menggunakan komputer dan internet dengan semaksimum yang boleh.

3. Malas kerja - Susah nak kerja bawah orang. Kerja kejap, berenti, tukar kerja lain. Tak boleh dengar cakap boss. Kalau boleh nak jadik boss sendiri. Nak meniaga, modal takde.

4. Pekerja kerajaan - Mahu melakukan sesuatu untuk persediaan sebelum pencen nanti. At least kalau boleh meniaga, nak meniaga. tapi tak tahu nak meniaga apa. Takut risiko pulak nanti.

5. Untuk anak-anak - Gaji besar, duit banyak. Anak-anak asyik mintak duit jer. Dah besar pun taknak lakukan sesuatu. At least kalau boleh ader something yang boleh anak-anak buat untuk side income diorang sendiri. supaya diorang belajar berdikari.

Oklah, cukup penerangan ringkas pasal bisnes sy ni.. lepas jadi agen MyMode ni, sy boleh top up prepaid untuk kegunaan sendiri, family, sedara mara, kwn2. mudah sangat. Terutama bila waktu kecemasan, kredit abis x tau mana nak cari kedai, boleh top up waktu tu jugak. cuma sms je arahan utk top up. mudah. ni nak tunjuk reward statement utk bulan yg pertama dan seterusnya sy jadi agen MyMode. Alhamdulillah. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. ini baru permulaan. insyaAllah, usaha lagi. sebelum ni guna handphone tak dapat apa-apa, tapi sekarang sambil-sambil guna handphone, dpt jugak untung. walaupun sikit utk permulaan, tapi siapa nak bagi?









MyMode mengambil masa 2 tahun untuk meyakinkan pihak bank no. 1 di Malaysia iaitu Maybank untuk meletakkan sistem MyMode di setiap mesin ATM mereka setelah melihat kemampuan MyMode mentadbir dan menjana keuntungan setiap hari. Gambar di bawah adalah buktinya. Jika bank No. 1 negara begitu gah meletakkan MyMode di ATM mereka, mengapa tidak anda merasa bangga menjalankan bisnes ini?



kalau berminat nak buat bisnes ni dan jadi agen MyMode, sila klik kat sini www.prepaid4u.net

Monday, August 18, 2008

Qibla locator/ Penentu arah kiblat


http://www.qiblalocator.com/

Check your qibla here! enter the name of your place and find your house and check the qibla.

Masukkan nama tempat yang terdekat dengan rumah anda, pastu cari rumah anda kat mana berdasarkan peta. seterusnya apabila dah jumpa rumah, tengok di manakah arah kiblat. Betulkah arah kiblat kita selama ini? sama-sama kita semak...

Wednesday, August 13, 2008

NURSE UNIFORM!! MAK SAYA PUNYE!

It took me so long to post my mom's nurse uniform. you know, PROCRASTINATION. that is one of my biggest weaknesses. Before that, what do you need to have for sewing? I love to have lotsa sewing stuff because i am kind of having a complete sewing tools. LOL! Ada lagi peralatan yang perlu ada seperti getah, vakrum, butang dan sebagainya.


Benang/thread


Jarum/needles


Gunting/Scissors


Pembaris/rulers


Pita pengukur/measuring tape


mesin jahit/sewing machine =P (THIS IS MY BELOVED SEWING MACHINE HEHE..)

BAHAGIAN-BAHAGIAN BAJU


Bahagian hadapan baju (tengah)


Bahagian hadapan baju (tepi)


Bahagian belakang baju (tengah)


Bahagian belakang baju (tepi)


Bahagian tangan


Lapik leher


Lapik butang


Poket (luar)


Poket kecil (dalam)


Seluar (hadapan)


Seluar (belakang)

ermm. kat sini ada bahagian yang tertinggal iaitu kolar dan pinggang seluar. Sekarang kita pergi kepada proses cantuman.

PROSES MENCANTUM





FINALLY... JENG JENG JENG... DAH SIAP















Alhamdulillah, akhirnya siap juga baju ni.. walaupun hasilnya tak seberapa tapi memadailah untuk percubaan pertama. Anyway, saya ni amatur je.. =)

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP