Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label jahit leher baju. Show all posts
Showing posts with label jahit leher baju. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.

Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.




Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.





Potong ikut bentuk.





Akan jadi camni...





Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.








Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.





Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.


Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.



'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.



Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.


Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.


Terbalikkan lapik dan seterikakan.



Jadi camni...




Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

Tuesday, March 24, 2009

Tutorial Menjahit Lubang Butang

Pada tutorial kali ni saya tunjukkan cara-cara menjahit lubang butang pada leher baju kurung. Maafkan saya kerana video ini tidaklah begitu berkualiti kerana saya hanya menggunakan kamera handphone. Lubang butang dan mata lalat boleh dijahit selepas siap mencantum semua bahagian baju atau sebelum mencantum bahagian-bahagian baju. Saya lebih suka cantumkan semua kemudian baru jahit mata lalat dan lubang butang. Untuk jahit mata lalat anda boleh rujuk video ini. Saya harap anda semua faham dan boleh belajar daripada video ini. Jika ada sebarang komen dan pertanyaan sila tinggalkan di sini. InsyaAllah saya akan menjawab. Post saya yang seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana nak buat bahagian leher baju kurung dari A to Z insyaAllah. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin belajar menjahit sama ada untuk mencari pendapatan atau pun sekadar untuk menambahkan kemahiran diri. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Tuesday, December 16, 2008

Tutorial jahitan mata lalat - kemasan leher

Assalamualaikum..

Saya ada rakam video cara menjahit mata lalat memandangkan ramai yang ingin belajar jenis jahitan ni. Saya harap anda dapat belajar daripada video ni. Sila beri komen sekiranya tidak faham atau ada apa-apa masalah. Tinggalkan juga komen kalau anda rasa tutorial ini membantu dan anda sukakannya. Saya amat menghargai maklum balas anda.




Beginilah rupa jahitan mata lalat. sama tak dengan anda punya? kalau anda punya tak lawa jangan putus asa.. USAHA LAGI!

Tuesday, December 09, 2008

Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...

Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.

Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.
Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.
Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.
Pastu, jelujurkan.
Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.
Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.
***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP