Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label nota jahitan. Show all posts
Showing posts with label nota jahitan. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

Nota Baju Kurung Pesak Gantung

Assalamualaikum,

Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)

BAJU KURUNG PESAK GANTUNG




Ukuran-ukuran

Paras pinggang belakang
Paras Punggung
Labuh baju
Lebar bahu
Labuh tangan dari tengkuk
Keliling pangkal lengan
Keliling leher
Keliling dada
Keliling punggung

Cara-cara merajah pola



Badan
0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm
2-1 = Ukuran paras punggung
3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm
4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas
10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka
12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang
13-12 = 4cm
14-13 = dinaikkan 2cm
Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah
15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.
Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher
(seperti membuat leher baju kurung biasa)



Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.
2. Rujuk di sini untuk lubang leher.
3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:
- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.
- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.
- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.

Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha



Tuesday, December 09, 2008

Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...

Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.

Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.
Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.
Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.
Pastu, jelujurkan.
Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.
Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.
***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

Sunday, October 12, 2008

MyGfl: Nota Baju Melayu Cekak Musang

Assalamualaikum..

Dibawah ni ada nota cara menjahit baju melayu cekak musang. Saya ambil drpd laman web myGfl.net.my. di bawah ni hanya manual sahaja tetapi lebih baik pergi ke sini http://www.mygfl.net.my/mygfl/learningobjects/BajuMelayu/index.html untuk penerangan secara gambar bergerak. Ramai yang cari nota baju melayu dan baju kurung pesak gantung. Nota baju kurung pesak gantung takde kat myGfl.. insyaAllah saya akan publish nota saya kat blog ni.. Saya harap nota ni dapat memberi manfaat kepada anda semua.. Semoga berjaya..

Updated 27 March 2009

Sila klik di sini untuk download nota ini.

Thursday, July 31, 2008

Malaysian Grid for Learning (MyGfl)

www.mygfl.net.my

Website MyGfl ni sangat berguna. Kat sini ada banyak nota jahitan yang ringkas dan mudah difahami. Nota jahitan yang disediakan mengandungi gambarajah untuk memudahkan pemahaman. Saya buat cheongsam dan seluar panjang wanita dengan merujuk nota2 dan tutorial kat sini. Nota-nota yang disediakan termasuk:

- Jahitan seluar panjang pinggang bengkok berplit dua
- Kusyen segiempat
- Kusyen manggis
- Baju Melayu cekak musang
- Jahitan Cheongsam
- Jahitan Kebaya moden leher V dan kain selisih
- Kusyen bunga
- Blouse
- Asas jahitan
- Seluar panjang wanita
- Kusyen bulat
- Jahitan langsir biasa
- Jahitan langsir victorian rosette
- Jahitan langsir kerang
- Jahitan Kemasan leher: jahitan pucuk rebung
- Jahitan kemasan leher: Jahitan mata lalat
- Jahitan langsir kipas
- Jahitan Kemasan Leher: jahitan karipap
- Jahitan Langsir Royal Scallop
- Tuala dapur
- Curtain heading style
- Spring Bouquet design Symbol chart
- Langsir Box Pleat
- Basic Knit Instruction

* Nota2 ini hanya boleh dibaca oleh ahli MyGfl. Oleh itu, anda perlu mendaftar dulu sebagai ahli MyGfl. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA. Setelah itu, bolehlah mendapatkan nota-nota jahitan di sini

Saya juga menggunakan buku 'Panduan membuat pakaian' karya Mariam Abu Bakar sebagai panduan.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP