Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 20, 2008

Nota Baju Kurung Pesak Gantung

Assalamualaikum,

Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)

BAJU KURUNG PESAK GANTUNG




Ukuran-ukuran

Paras pinggang belakang
Paras Punggung
Labuh baju
Lebar bahu
Labuh tangan dari tengkuk
Keliling pangkal lengan
Keliling leher
Keliling dada
Keliling punggung

Cara-cara merajah pola



Badan
0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm
2-1 = Ukuran paras punggung
3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm
4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas
10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka
12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang
13-12 = 4cm
14-13 = dinaikkan 2cm
Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah
15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.
Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher
(seperti membuat leher baju kurung biasa)



Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.
2. Rujuk di sini untuk lubang leher.
3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:
- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.
- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.
- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.

Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha



87 comments:

tajnsham Sunday, December 21, 2008 8:42:00 PM  

baju kurung pesak gantung = baju kurung pahang kan?akak pernah try buat tapi mmg tak elok langsung. Ada masalah masa jahit dkt area cantuman lengan tu.Lagi satu mcm mana nk buat leher(cara ukuran?) tu elok sikit?kak taj dah try buat ukur lilit leher , time dah siap jadi cukup2 leher je..mcm leher budak2 jadinya.

Solehah Tuesday, December 23, 2008 10:37:00 PM  

baju kurung pesak gantung tak sama dengan baju kurung pahang. baju kurung pahang kat bahagian pesak bawah dia tak berjahit. maknanya kat pesak bawahnya bersambung tanpa dijahit. kat area cantuman lengan tu kak kena hati-hati, cuba lagi insyaAllah akan elok.
Kat leher tu, kalau kak tak tau kak ukur je ikut baju yang sedia ada. InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya akan tunjukkan cara buat leher yang saya belajar dulu.

UmmuSarah Saturday, January 10, 2009 2:14:00 PM  

Assalmualaikum,

Terima kasih krn dtg ziarah AhliaJannah. Siapalah pulak sangka akak terjumpa blog ini. Mmg tersimpan dlm hati hasrat nak blaja jahit. Baru pagi tadi mesyrt ngan suami nak beli mesin jahit...hehehe...Allah mmg maha kaya. Allah tlh atur segalanya. Hmm, lepas nie, boleh le akak cuba dpatkan feel utk mula menjahit. Sebenarnya, akak nie tak pernah menjahit. Ada tak peluang utk akak blaja? Mana tau, kalau Nur sudi, boleh tak akak blaja ngan Nur? A

Solehah Saturday, January 10, 2009 2:46:00 PM  

Subhanallah.. Allah mempertemukan kita berdua.. =) Boleh kalau akak nak blaja dengan saya.. boleh saya tau akak duk mana?

UmmuSarah Monday, January 12, 2009 12:53:00 PM  

Kiranya akak nie pelajar tua lah ekk..Akak duk kat Tronoh/Sri Iskandar. Nur pulak kat area mn di ipoh?

Solehah Monday, January 12, 2009 1:05:00 PM  

ooo kat tronoh.. jauh gak drpd rumah saya... saya duduk dekat area pasir puteh.. kak nak datang rumah ke? hehehe

Ellyn Friday, April 17, 2009 4:14:00 PM  

:: Assalamualaikum...
:: salam perkenalan....
:: terima kasih sbb sudi berkongsi ilmu.. lama dah sy mencari nota baju kurung pesak gantung ni... akhirnye jumpa juga... :) terima kasih ye... semoga murah rezeki.. amin...

Unknown Wednesday, May 06, 2009 12:20:00 AM  

Assalamualaikum~~

Salam perkenalan~~~

Jazakillah atas perkongsian ilmu yang sangat berguna.

Anonymous Monday, June 15, 2009 5:20:00 PM  

sy ambil nota dan pattern dr blog saudari...utk belajar sendiri...terima kasih byk krn bkongsi...rahmat Allah bsama saudari sekeluarga

Anonymous Tuesday, June 16, 2009 9:34:00 AM  

Salam!

Saya ingin bertanya kerana keliru. Apakah bahagian tiga segi dipinggang itu patut dibuang semasa menggunting pola atau tidak iaitu sekadar dipotong serong mengikut bentuk lakaran?

Solehah Tuesday, June 16, 2009 5:37:00 PM  

Salam,

to anonymous 1,

terima kasih untuk doa saudari.. saya amat menghargainya..

to anonymous 2,

Bahagian segi tiga itu hanyalah untuk membentuk garisan serong. jadi, potong serong bahagian segi tiga itu.

Anonymous Wednesday, June 17, 2009 8:38:00 AM  

Salam!

Thanks atas jawapan tentang bahagian segitiga itu. Jawapan ni benar-benar membantu. Saya kena buat cubaan ke dua. Cubaan pertama saya dah buang bahagian segitiga tu. Boleh dipakai walaupun ada rasa tertarik sikit dibahagian ketiak dan pesak tu tak nampak menyerong sangat. Dah tersilap tafsir. Mudah-mudahan cubaan ke dua lebih selesa dan sempurna.

Salam
Adilla

Anonymous Sunday, June 28, 2009 12:33:00 AM  

salam..

penat mencari blog yangmengajar jahit baju.jumpe juga dgn nur, Alhamdulillah. akak tak faham ukuran2 tu byk yg dicampurkan 2cm la 4 cm la..itu untuk apa..ada kah untuk basi kite menjahit atau memang termasuk dalam ukuran baju tu jugak...tolong ek..tq

Kak Khaty Tuesday, June 30, 2009 4:35:00 PM  

Salam,

Alhamdullilah Allah pertemukan kita di arena jahitan. Suka tengok Nur pandai menjahit baju nurse (bukan senang nak jait tu!...), pesak gantung dsbnya.

nak mencelah skitlah..setakat yg akak belajor dululah kan..kita buat tiga segi kat pinggang tu ialah untuk meke sure pinggangnya drop betul-betul cantik jer kat pinggang. sebab tulah ukuran bahu ke pinggang diambil kira.

kolo sudi mehlah singgah umah akak..

Solehah Wednesday, July 01, 2009 1:33:00 PM  

to kak shahaira,

yang kena campur tu berbeza tujuannya.. ada yang kena campur 4.5cm atau mengikut suka sebab pesak. kat bahagian pinggang tu memang formulanya begitu supaya sambungannya terletak dekat pinggang.

to kak khaty,

Alhamdulillah, saya pun budak baru belajar.. masih belajar lagi untuk mempertingkatkan mutu jahitan dan belajar baju jenis lain.

saya dah singgah rumah kak.. nice blog.

Unknown Monday, July 20, 2009 7:08:00 PM  

alhamdulillah jumpa blog ni. Besar pahala saudari.Hanya Allah mampu balas kerja amal macam ni. Terima kasih banyak

mizzwaniey Saturday, July 25, 2009 12:04:00 PM  

salam sis.. leh tak ajarkan cara nak jahit.. berminat tapi tatau cara.. hehe.. newbie lagi... :P

Anonymous Tuesday, September 29, 2009 4:13:00 PM  

salam...saya ambil nota ini juga utk cuba2 belajar buat sendiri..terima kasih krn sudi berkongsi di sini..semoga Allah merahmati saudari sekeluarga..~za

Anonymous Monday, December 21, 2009 6:28:00 PM  

salam....thanks utk info yg berguna ni...errm...sy ade copy note yg awk letak dlm blog ni.....utk kegunaan sendiri....tq yer.....

Imah

Anonymous Monday, December 21, 2009 7:06:00 PM  

salam...solehah,awk ade ke nota utk bj kurung moden...sy ingin th panduan utk kurung moden...tp xjumpe pun dlm internet ni...so,kalau awk ade nota utk kurung moden,harap awk sudi berkongsi kat blog ni yer....thanks.... iema

Abe Aje Thursday, June 03, 2010 11:15:00 AM  

Assalamualaikum Solehah.
Terima kasih kerana menolong kaum hawa dalam bidang jahitan. Allah jua akan membalas kebajikan anda.
Saya kaum adam juga minat untuk belajar menjahit. Jadi saya insyaAllah akan cuba menjahit baju kurung pesak gantung ini. Sekali lagi sy ucapkan terima kasih.

Solehah Saturday, June 12, 2010 9:43:00 PM  

to abe aje,

waalaikumussalam, sama-sama. teruskan usaha.

ayu Wednesday, July 21, 2010 12:49:00 PM  

salam solehah..
nota yg awk bg mmg bgos..tp slalu kite ambil ukuran dalam inci kan..cmne nk tkr dlm cm kpd inci?

Solehah Thursday, July 22, 2010 7:02:00 PM  

To AYu,

salam, ayu tak perlu tukar ukuran kepada inci. Guna cm je... cm lebih tepat.

* a i s y a h * Friday, August 06, 2010 4:06:00 AM  

Saye dh try and siap pun! Thanks sgt sbb post tutorial nih.. Ske sgt hasilnye! :D

http://sewmeperfect.blogspot.com/2010/08/completed-my-1st-baju-kurung.html

peace Tuesday, August 31, 2010 8:40:00 PM  

akan cuba jahit ni.
tq for the tutorial.

irisixora Monday, September 27, 2010 3:04:00 PM  

salam kak...
sy minx izin ambil ilmu ni yer... tq

smga dirahmati Allah sntiasa...

Solehah Tuesday, September 28, 2010 8:50:00 AM  

to little ixora,

salam,

diizinkan... :-)

Unknown Monday, October 04, 2010 8:44:00 PM  

salam... tksh kerana sudi kongsi ilmu ni... nk tanye... kalu nk potong kain nk tinggal basi berapa yer...

Solehah Monday, October 04, 2010 9:15:00 PM  

to eita,

Kalau baju kurung, selalunya saya tinggalkan basi 1.5cm

wana Sunday, October 17, 2010 10:52:00 PM  

blh ta akk tnjk kn cre2 na buat bj kurung moden ade zip belkng,kain belah .. akk tlg tunjk skli cre2 wt pola ny ye ..

shahila Sunday, October 31, 2010 10:45:00 AM  

salam kak..
mintak halal ilmu ni..
saya ambek buat rujukan..
terima kasih

Anonymous Monday, November 15, 2010 4:34:00 PM  

Salam, suke sgt jumpa blog ni..terima kasih sbb sudi share kan nota jahit nih..

Anonymous Thursday, November 18, 2010 11:16:00 AM  

tq sebab sudi share nota..moga Allah murahkan rezeki tuan punya blog ni..:)

Anonymous Saturday, December 04, 2010 7:55:00 PM  

tq kerana berkongsi cara nak jahit baju kurug nie...saya baru nak mula belajar menjahit..maklumat ini amat2 membantu saya...terima kasih

illa Friday, December 24, 2010 5:54:00 PM  

salam..akak.mohon share...tq..smoga murah rezeki.

FRSR Wednesday, January 26, 2011 10:00:00 AM  

Salam,
terima kasih atas ilmu yang tidak ternilai ini.
saya pun baru mula nak belajar menjahit.
semoga hidup akak dirahmati olehNYA,amin.

FRSR Wednesday, January 26, 2011 10:01:00 AM  

minta izin jd follower ya

Anonymous Thursday, February 03, 2011 11:36:00 AM  

Salam..
terima kasih sbb sudi kongsi ilmu jahit baju pesak gantung ni.. insyaalah sy nak try jahit..belum pernah lagi jahit baju kurung pesak gantung.. moga2 berjaya..aminnn

Butik Ameera Friday, April 29, 2011 11:03:00 PM  

As salam Nur..minta izin kongsi ilmu jahit ye...akk pernah jahit baju kurung..tp pakai hentam je..untuk pakai sendiri,..sekarg nk cuba cari rezeki dgn ambik upah jahit...melalui blog nur ni, blh akk belajar ambik ukuran dgn betul..terima kasih nur..semoga Allah murahkan rezeki Nur..terima kasih..:)

azue Wednesday, May 04, 2011 11:19:00 AM  

assalamualaikum minta izin guna dan share ilmu ya..
terima kasih...

Anonymous Monday, May 09, 2011 6:11:00 PM  

terima kaseh atas ilmu yg di beri percuma ini.ianya sgt berguna, smoga Allah merahmati dan memberi awak kebahgian dunia dan akhirat..

Anonymous Friday, May 20, 2011 11:26:00 AM  

Kak..mcm mn nak ukur baju kurung moden pada badan ye...blh ajar tak...

Anonymous Friday, May 20, 2011 11:29:00 AM  

kak terima kasih dgn tips baju kurung pesak gantung...skrg nak tanya mcm mn nak ukur baju kurung moden & baju kurung pahang sila tunjuk ajar.

jasa ekspedisi Sunday, July 10, 2011 12:03:00 PM  

mampir nich dari jaksel

Anonymous Tuesday, July 12, 2011 10:08:00 AM  

Nur,
Mcm mana nak ukur & potong pesak baju kurung pahang? Sgt2 harap Nur dpt membantu.

Anonymous Wednesday, July 13, 2011 1:05:00 AM  

salam..
terima kasih atas tunjuk ajarnya, saya nak tanya sikit je kat step di atas tu kalau nak buat pesak bawah baju pesak gantung tu kan macam mna nak dapat ukuran dr 3 ke 16? saya tak faham bahagian situ je.. harap akak dapat jelaskan.
terima kasih sekali lagi.

Anonymous Monday, August 15, 2011 12:10:00 PM  

Assalamualaikum adik Solehah,

Akak ni nk mintak izin menyalin & menggunakn nota & ilmu1 yg ada dlm blog adik ni utk belajar buat bj pesak gantung ni....br nk cuba.. padahal x penah menjahit pon..huhuu..mohon dihalalkn ilmu yg di kongsi di blog ni ye....
terima kasih. Semoga Allah membalas kebajikan adik Solehah ni...- K.Aiza

ummikam Wednesday, August 31, 2011 10:07:00 PM  

salam, saya dah lama mencari pola baju kurung pesak gantung, tq sebab sudi kongsi ilmu dgn ramai yg lain, semoga Allah merahmati anda. tq

ct salbiah Thursday, October 13, 2011 11:17:00 AM  

salam..mtak izin print pola ni ye..
syukur! jmpe jgk pola baju kurung pesak ni. tq ye! :-)

hasif Thursday, October 13, 2011 10:37:00 PM  

Salam..
saya baru nak belajar menjahit..
thanks dpt info kat web nie..





Beri Laluan

awas cicak tokek di sini

baju bali Sunday, December 11, 2011 10:44:00 PM  

terimakasih artikelnya sangat bermanfaat bagi saya

MissCars Tuesday, January 17, 2012 11:00:00 AM  

Website ni sgt bagus...tahniah admin kerana sudi berkongsi ilmu!Semoga Allah melimpahi anda dengan rezeki...ameen.

Cheers,
Belajar Buat Roti
Belajar Jahit Baju kurung
Sahkah Solat Anda? Ketahui 20 Kesalahan Membaca Al-Fatihah Di sini

Anonymous Tuesday, March 27, 2012 11:05:00 PM  

assalam...syukur pd allah kerna pertemukan blog saudari...saya nk tanya lakaran pd pola bdn tu kenapa kain lipatan ada dua tepi dan atas....saya kurang faham...tolong saya ye..saya baru belajar..

hamba ALLAH Thursday, March 29, 2012 3:36:00 PM  

Assalamualaikum....alhamdulillah.tjumpa blog nie,sy teringin sgt nk jahit baju sdiri,tp sy xreti..nk ty kak,kain tu kena lipat dua ke dulu..maaf bty,sbb sy mmg 0 knowledge dlm bab nie...mohon tunjuk ajar kakak..terima kasih

Anonymous Monday, April 09, 2012 4:01:00 PM  

assalamualaikum.
kak, saya nak mintak izin guna ilmu akak. baru nak try buat baju nie. semoga hidup akak dirahmati selalu. terima kasih.

sayA tonaH Wednesday, May 02, 2012 9:40:00 PM  

teringin sangat nak try

time kasih

mintak izin guna ilmu ni yer

Anonymous Monday, May 07, 2012 5:32:00 PM  

assalamualaikum kak. minta izin guna buat rujukan yer. terima kasih
-Zia Radhiah-

Anonymous Tuesday, June 12, 2012 1:36:00 PM  

assalammualalaikum...

Saya nk bertanya sedikit kepada sesiapa yang tahu....bagi baju kurung pesak gantung, bahagian pesak yg dipotong menyerong tu kita kena cantum pada badan or kena cantum di bahagian tengah mcm baju kurung biasa?
terima kasih..

Anonymous Wednesday, July 11, 2012 1:12:00 PM  

salam..terima kasih kak nur sbb berkongsi ilmu yg amat berharga ni..saya ni mmg dh lama nk blajar mjahit baju kurung pesak gntung ni mmandangkan asyik jahit baju kurung biasa je bila raya..so raya tahun ni ingat nk jahit baju ni utk sy dan anak2..apapun saya ada prtanyaan sama ada pesak atas tu adakah sama saiz antara org dewasa dan kanak2?4 cm jugak atau kurang? sy ni tinggal kt ipoh gak..kat pekan lama..tp umah mak kt seri kinta..dkat sgt la.kalau sy nk dtang blajar dgn akak boleh ke?

mommy aleesya Tuesday, August 14, 2012 12:32:00 PM  

Tq sudi tunjukkan, blh buat baju untuk baby nt... :)

Muhd Rul Sunday, November 04, 2012 2:08:00 AM  

Ini antara panduan menjahit baju kurung layari

http://teratakbiz.com/74/belajar-cara-menjahit-baju-kurung/

Anonymous Monday, December 03, 2012 3:20:00 PM  

Assalamualaikum Puan Nur Solehah. Saya minta izin utk guna ilmu yang puan muatkan dalam blog puan ini. Semoga Allah menambahkan lagi ilmu puan, memudahkan segala urusan puan dan sentiasa di dalam rahmatNya. Amin... Sim

Anonymous Monday, April 22, 2013 10:39:00 AM  

12-11 naik 3cm..dari garis punggung..xbpa faham..bole trgkan...

Anonymous Thursday, August 01, 2013 2:41:00 PM  

assalamualaikum, semoga dimurahkan rezeki tuan blog sudi berkongsi ilmu. minta izin guna buat rujukan ye. terima kasih.. ;)

Unknown Thursday, May 08, 2014 2:00:00 PM  

Slm sis... saya ni baru nak cuba belajar2 jahit.. teringin nak buat baju sendiri.. so saya google2 la.. (sbb suka pakai kurung pahang sgt2) .. so saya jumpa blog sis... n blog ni sgt bermanfaat... bagi sy yg fresh ilmu jahit2 menjahit ni (selain daripada jahit2 biasa2.. jahitan paling habat pon sarung bantal n tudung (sekolah) je.. hehe) saya rasa berterima kasih sgt.. membantu pemahaman.. n menaikkan smgt nak blajar buat baju.. terima kasih atas ilmu... semoga sy dapat pnjgkan suatu hr nnt.. ameen

Solehah Friday, May 09, 2014 9:58:00 AM  

ALhamlillah Hanis,

tahniah saya ucapkan, semoga maju jaya dalam bidang jahitan.

Seha Friday, August 01, 2014 3:11:00 AM  

Salam sis..Selamat Hari Raya Aidilfitri...kebetulan hari nie raya ke5...kelapangan mula terasa setelah bertungkus lumus hampir seminggu menyiapkan segala prepare hari raya.. bila da lapang mula lah godek2 kat google..Cara Menjahit Pola Baju.. terserempak dgn blog sis..tanpa minta izin saya mula meniru segala yg sis da share di sini masuk ke buku jahitan peribadi saya...semoga berkat yg saya ambil dari sis nie memberi kebaikan kpd saya di masa akan dtg...amin... Trima kasih..

nur sakinah radzuan Wednesday, February 03, 2016 11:18:00 AM  

Assalamualaikum... nak minta izin ambil nota ini ye. Salam perkenalan 😊

makcik kerapu merapu Wednesday, September 14, 2016 5:45:00 PM  

Salam.. saya ambil nota ni buat rujukan. Baru nak cuba.. terima kasih ya

Unknown Sunday, July 16, 2017 3:27:00 AM  

Daftar Agen Judi Poker Online Terbaik dan Terpercaya se Indonesia
bcadomino
bcadomino
mutiarapoker
ompoker
anekaqq
menangqq
kompasqq
memberqq
toyotaqq
wongpoker

bola88 Sunday, March 24, 2019 6:38:00 AM  

http://resulttogel.fun
http://resulthasil.com
agen poker
judi togel
poker online uang asli
agen togel online
judi online

bandarqqme Saturday, October 24, 2020 5:24:00 PM  

Pusat permainan dominoqq , bandarqq online yang telah lama di gandrungi masyarakat Indonesia dan sangat di akui memberikan penghasilan tambahan yang memuaskan
https://dominoqqme.com/

sha sha Wednesday, December 30, 2020 2:40:00 AM  

Kunjungi kami agen judi bola online yang memiliki banyak permainan populer dan banyak promo bonus menarik http://149.28.153.153/

dfgfhft Saturday, February 06, 2021 4:46:00 PM  

game tembak ikan di slot online joker123 terpercaya dan mendapatkan bonus serta cashback setiap minggu nya. 100% aman dan terpercaya tanpa robot http://139.180.184.251/

castletoto Friday, August 06, 2021 2:55:00 PM  

banyak casback , gampang menang! cuma di Agen Togel Online kingdom4d

PG Soft 123 Monday, September 20, 2021 12:23:00 PM  

mata merem melek PG Soft 88

hkpools Wednesday, September 29, 2021 5:46:00 PM  

hkpools menyediakan berbagai macam permainan game online terbaik.

mposlot Thursday, November 11, 2021 9:39:00 PM  

aman dan terpercaya bermain disitus mpo slot.

http://139.162.43.253/

Bengkel motor bekasi Sunday, November 14, 2021 1:14:00 PM  

bengkel paling di percaya masyarakat bekasi adalah Bengkel motor Bekasi dan kunjungi website kami http://www.bengkelmotorbekasi.com

Admin Wednesday, November 17, 2021 12:28:00 PM  

Bersama kami wujudkan mimpi menangkan jackpot terbesar

http://172.104.59.76/

Unknown Tuesday, November 30, 2021 2:51:00 PM  

kita harus tau apa yang di lakukan Pragmatic88

slot via dana Monday, December 06, 2021 7:41:00 PM  

situs slot deposit pulsa masa kini https://172.104.59.107/

pasti200m Wednesday, December 15, 2021 9:29:00 AM  

ini lah yang menjadikan mu slot deposit dana 5000

slotdepositdana99 Tuesday, December 21, 2021 11:18:00 AM  

slot deposit dana 5000 tanpa potongan 2021 menjadikan mu kuat untuk saat ini

mega888thai Saturday, March 12, 2022 10:30:00 PM  

เกมล่าสุดต่างๆที่มีอยู่ในเว็บไซต์ https://ddwin888.com

JPSHIO777 Monday, June 20, 2022 9:11:00 PM  

Prediksi Togel Paling Akurat Update Setiap Hari JPSHIO777

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP