Leher Baju Kurung
Assalamualaikum...
Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan bagitau.
Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..
Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.
Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.
Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.
Pastu, jelujurkan.
Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.
Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher.
***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.
18 comments:
Assalamualaikum...hai solehah...cara membuat leher baju kurung yang solehah tunjukkan ini lebih mudah dan kemas...saya ada satu pertanyaan, "kain gam" yang solehah gunakan itu ada tak nama tertentu..sebab saya ada mbaca dlm buku jahitan disebut "interfacing" (adakah kain ini yg solehah gunakan?..lagi satu pertanyaan saya dlm buku jahitan yg saya baca itu ada menyebut kain "stafflex"...apakah perbezaan antara kain "interfacing" dan "stafflex"...harap solehah dapat membantu saya yg serba tak tahu ini...maaf ye soalan pjg sgt...
saya ada buat post terbaru untuk soalan kak. sila rujuk post saya yang bertajuk Balkrum, stafflex, interfacing...
hi kak... boleh tolong bagi saya pola untuk macam mana nak gunting lapik leher tak? thank you.
cara nak buat pola dah ada kat blog ni
http://homesolehah.blogspot.com/2009/08/cara-melukis-pola-lubang-leherbulan.html
http://homesolehah.blogspot.com/2009/05/tutorial-membuat-lubang-leher-baju.html
salam solehah. kalau tak keberatan boleh tak bagi tau cam ne nak buat kain pakai/lipat. kain ni biasanya dipakai dengan baju kurung moden
to anonymous,
inshaAllah kalau ada kesempatan..
salam solehah, boleh tak tunjukkan cara jahit getah pinggang yg guna separuh balkrum, separuh getah. Saya baru nak belajar menjahit.
to Anonymous,
salam kak, separuh getah separuh balkrum saya susah nak tunjuk kat blog sebab prosesnya agak rumit.
Salam, solehah. Boleh x tunjukkan cara membuat baju kurung moden? Sebabnya saya memang x pas tentang lengan baju2 yg macam ni(ketiak). Tunjuk la dari mula u lakar,sebab bab cantum ni insyaAllah dah pas.. :)
Salam,
Kurung moden ea.. InshaAllah, kalau sempat saya tunjuk.
Salam, Solehah
Mcm mana nak potong pesak untuk baju kurung pahang (yang tak perlu cantum). Mohon tunjukkan jika tak keberatan.
salam,
Trm ksh ats ilmu yg bernilai ni...moga saudari dimurahkan rezeki...
Assalamualaikum Solehah,
Saya mmg biasa jahit baju kurung n ambil tempahan pun tapi masalah saya bila ada sahabat yang nak kan saya jahit baju pesak gantung... selama ni saya puas dok fikir mana nak cari pola utk jahit baju pesak gantung ni, sehingga saya temui blog ini. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih banyak2 kerana sudi menurunkan ilmu yg saudari ada. Moga panjang umur saudari dan dimurahkan rezeki.
assalamualaikum saudari.. saya minat menjahit dan masih baru nak cuba2 menjahit baju kurung. berdasarkan nota2 saudari saya lihat mudah difahami bagi yang baru bertatih macam saya. saya sekadar bertanya andai saudari boleh kongsikan sekali cara melukis pola simple untuk baju kurung moden yang berzip belakang. Ilmu yang saudari kongsikan sangat bermakna. terima kasih.. :) ADAH (:
wah.. Makasih Ya.. Semua Tips Anda Sangat Bermanfaat.. Aku Senag Berkunjung Ke Blog Ini.. Semoga Anda Mendapat pahala Yg Setimpal.. By Keysia..
salam sis... smua saya faham ttg nota buat baju kurung pahang ni, tapi sis saya nak tanya yg kelim tu apa maksudnya?..;-)
Assalammualaikum solehah..sy nak mintak izin ambil note awak tuk jdkan rujukan sy..tapi sy nak tanya 1, mcmana tuk buat pola leher yg tuk sambungkan ke baju tu?
Post a Comment