Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 28, 2009

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.

Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.




Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.





Potong ikut bentuk.





Akan jadi camni...





Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.








Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.





Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.


Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.



'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.



Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.


Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.


Terbalikkan lapik dan seterikakan.



Jadi camni...




Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

21 comments:

Farah Ikin Saturday, June 20, 2009 11:32:00 AM  

hai saya shikin ... info awk sgt berguna ... tapi saya ada masalah sikit...boleh tak ajarkan mcmana nak lukis pola untuk leher tu? kalau saya lukis mesti terlalu bulat dan tak jadi bujur akhirnya susah sgt nak lipat ke dalam ... harap awk boleh tolong tunjukkan...terima kasih!! :)

Anonymous Wednesday, August 12, 2009 4:38:00 PM  

Assalamualaikum. Saya Hajjah Linda. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana panduan menjahit leher baju kurung ini sungguh memudahkan saya mengikut, step by step. Alhamdulillah sekarang ni saya sudah boleh membuat V dengan kemas tanpa berkedut.

Semuga ilmu yang dicurahkan akan memberi berkat kepada anda dunia dan akhirat. Terima kasih.

Intan @ mama ammar Wednesday, August 19, 2009 11:04:00 AM  

Salam,
Saya memang mencari tutorial menjahit leher baju kurung. terima kasih kerana berkongsi disini. Saya doakan anda diberkati Allah selalu.

Lynn Nasir Tuesday, March 09, 2010 5:41:00 AM  

salam,

syukur alhamdulillah..saya tau lagi satu ilmu mcm mana nk buat leher baju. terima kasih!!

Solehah Tuesday, March 09, 2010 4:34:00 PM  

Assalamualaikum semua,

Jazakillahu khair kerana mendoakan saya... semoga tutorial ni dapat memberi manfaat.

craftime Thursday, May 27, 2010 10:50:00 AM  

sorry lah i br jumpa, u ada ukuran for kids tak?camna u ukur leher ek?

Solehah Thursday, May 27, 2010 3:25:00 PM  

untuk kids, saya tak pasti la kak.. sebab kecik.. kalau saya tahu then i'll let you know

Anonymous Thursday, July 29, 2010 2:08:00 AM  

salam..trima kasih pd saudari ttg info ini..shadah

linda Latif Sunday, November 07, 2010 7:19:00 PM  

Salam, baiknya hati awak bagi tunjuk ajar macam nie, saya tak pernah jumpa lagi blog macam nie yang beri tunjuk ajar nie secara percuma.

Saya pergi class menjahit dah bayar habis pon ciktu tu tanak kasi plan sbb saya gagal hadir punya dia kedekut ilmu.

terima kasih dan saya doakan semoga rezki awk bertambah kerana keilhlas awk kongsi semua ilmu.

Unknown Monday, January 10, 2011 12:53:00 PM  

salam adik solehah..

terima kasih byk2 cos dapt selesaikan masalah akak nak wat leher baju kurung. sebab dah lama tak menjahit, akak dah lupa cara2 nak membuatnya...semoga Allah membalas budi baik adik di dunia dan di akhirat...amin..insyaallah..thanks again...wassalam..

izza82 Sunday, April 17, 2011 2:19:00 AM  

SALAM...SAYA IZA.SAYA BARU FIRST TIME BUKA BLOG NI. BASIC JAHIT ADA TAPI NAK KUKUHKAN LAGI. NAK TANYE...JAHIT LEHER BAJU TU, ISTILAH SNAP SAYA TAK FAHAM.MACAMANA CARANYA TU??? ALAT DIA MCMANA??T.KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU

Ainon Munirah Thursday, June 16, 2011 2:03:00 PM  

tlg ajarkn cara buat lapik leher

Anonymous Tuesday, October 04, 2011 3:06:00 PM  

Assalamualaikum..........

saya sidah mintak izin nak copy and print out nota2 kat sini utk belajar menjahit baju kurung sendiri. semoga dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu.

Anonymous Thursday, February 02, 2012 7:45:00 PM  

Semoga ilmu dicurah membawa berkat dan berguna kepada semua.

http://sewing.eningcollection.com/

Cik Ida Wednesday, February 08, 2012 4:22:00 PM  

Percayalah anda sentiasa dirahmati allah dengan ilmu yang telah disedekahkan..amin.

Ibunaufal Thursday, March 08, 2012 10:36:00 PM  

Salam solehah... Ni ilmu yg mula2 saya dpt utk pertama kalinya nk blajar menjahit.. Mmg susah rsnye tp blog solehah memberi semangat utk sy teruskan usaha... Tqvm smoga awak murah rezeki... Sy hrp awk ikhlaskan utk sy menulis nota dr blog awk ni ye..

Mas Tuesday, March 27, 2012 12:08:00 PM  

Ilmu yg dicurahkan akan memberi manfaat kpd insan lain... Alhamdulillah, saya juga mohon kongsi tutorial ni utk belajar buat baju sendiri.. Terima kasih..

Anonymous Saturday, May 12, 2012 10:46:00 AM  

bgaimana utk mengelakkan supaya baju tidak terjungkit di bahagian depan apabila kita membuat leher baju?

Keysia Luvi Wednesday, August 01, 2012 3:15:00 AM  

wah.. Makasih Ya.. Semua Tips Anda Sangat Bermanfaat.. Aku Senag Berkunjung Ke Blog Ini.. Semoga Anda Mendapat pahala Yg Setimpal.. By Keysia..

Anonymous Saturday, November 17, 2012 11:16:00 PM  

Tq soooo much

Unknown Thursday, December 18, 2014 9:06:00 AM  

assalam. saya kak zuraidaah.
terimakasih atas perkongsian yang sgt bermanfaat ini. semoga ilmu yg dikongsikan akan diberkati Allah dan berpanjangan pahalanya

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP