Tekat benang emas
Assalamualaikum,
Hari ni saya pergi ke Kompleks belia dan sukan berdekatan dengan Stadium Indera Mulia untuk kursus tekat benang emas. Bayaran sebanyak RM8 untuk pendaftaran. Kursus tekat benang emas diadakan sekali seminggu selama empat minggu berturut-turut. Seronok dapat belajar seni daripada Kuala Kangsar ni. Seramai 40 orang menyertai kursus ni. Peserta akan diberi sijil dengan syarat peserta hendaklah menghadiri kursus selama 4 kali. Tak ramai orang yang tahu seni tekat benang emas ni dan dikhuatiri tiada generasi yang akan menyambung seni yang berharga ini. Oleh itu, sebagai generasi muda saya dengan berbesar hati ingin mengenali dan belajar tentang tekat benang emas. InshaAllah, saya akan update kat blog dari semasa ke semasa tentang kursus yang diadakan. Apa itu tekat benang emas??
Pengenalan
Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor. Baca lanjut
Camnilah rupanya tekat benang emas bagi yang tak tahu.... ni bukan saya buat, cuma gambar hiasan..
Saya tak boleh buat video tutorial tentang ini kerana kepada sesiapa yang nak belajar sila pergi sendiri kursus tersebut. Sekiranya saya buat video tentang ini ia tidak adil bagi pihak yang bersusah payah menjalankan kursus ini. Tak silap saya, kursus ini diadakan setahun sekali. Oleh itu, kepada sesiapa yang duduk di Perak, sila cuba tahun depan. Tak sabar rasanya nak tunggu kursus minggu depan untuk menyambung kerja saya. Saya akan tunjukkan hasil kerja saya yang tak seberapa tu.
1 comments:
baju krung kerawang dari indonesia..rm124 skali pos..berminat?? jom singgah di sini..
Post a Comment