Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 24, 2009

Tutorial Menjahit Lubang Butang

Pada tutorial kali ni saya tunjukkan cara-cara menjahit lubang butang pada leher baju kurung. Maafkan saya kerana video ini tidaklah begitu berkualiti kerana saya hanya menggunakan kamera handphone. Lubang butang dan mata lalat boleh dijahit selepas siap mencantum semua bahagian baju atau sebelum mencantum bahagian-bahagian baju. Saya lebih suka cantumkan semua kemudian baru jahit mata lalat dan lubang butang. Untuk jahit mata lalat anda boleh rujuk video ini. Saya harap anda semua faham dan boleh belajar daripada video ini. Jika ada sebarang komen dan pertanyaan sila tinggalkan di sini. InsyaAllah saya akan menjawab. Post saya yang seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana nak buat bahagian leher baju kurung dari A to Z insyaAllah. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin belajar menjahit sama ada untuk mencari pendapatan atau pun sekadar untuk menambahkan kemahiran diri. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

8 comments:

Anonymous Wednesday, March 25, 2009 4:11:00 PM  

Assalamualaikum...hai Nur solehah...
tahniah sebab telah membuat blog yg sangat berfaedah...;-)
saya sbnrnye sgt berminat dgn jahitan..tutorial jahitan lubang butang ini juga memberikan manafaat...sekiranya ada kelapangan nur solehah tunjukkanlah pula cara untuk membuat "lubang butang utk baju kebaya"...saya ada membeli nota utk membuat kebaya tetapi tidak tahu cara hendak membuat butangnya..harap nur solehah dapat membantu..t.kasih...

Solehah Friday, March 27, 2009 7:36:00 PM  

waalaikumussalam, terima kasih di atas sokongan terhadap blog ini..
saya minta maaf sebab saya tak tahu cara untuk membuat lubang butang untuk baju kebaya. Kalau saya tahu, saya akan tunjukkan insyaAllah

Anonymous Saturday, April 18, 2009 12:50:00 PM  

assalamulaikum..blog anda memang menarik. Dah lama saya mencari dalam web cara nak jahit lubang butang baju kurung. Rasanya hanya bolg ini yang tunjukkan caranya. Walaubagaimana pun gambar tidak memuaskankan, menyebabkan saya tidak dapat mengikutinya. Harap dirakam semula supaya menjadi jelas. TQ

mazni_azis Tuesday, July 14, 2009 5:53:00 PM  

Salam..
terima kasih dia tasa ilmu yg diberikan...akak tak cuba lg tapi nmpk cam blh buat..

Anonymous Tuesday, October 12, 2010 8:13:00 PM  

salam...akhirnye dpt gak sye jahit lubang butang ngan cre yg btul...puas mncube....kat sini gak brjmpe ngan gurunye.....mekasih nur solehah....

diana Friday, January 28, 2011 9:52:00 PM  

salam saya tercari2 nota utk langsir kerang,kipas dan victoria rossert bolfh saya dapatkan,dan klu bolh nur solehah dapat emailkan kpd saya semua nota yg ada kat mygfl bab saya memang minat menjahit sgt2...............

Anonymous Friday, September 16, 2011 10:25:00 AM  

x jelas r vidoe..kabur je..huhu

Anonymous Friday, December 30, 2011 1:23:00 PM  

cam tengok filem blue je.. eheh.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP