Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 16, 2008

Baju Batik Kak Ngah...

Bahagian Depan


Bahagian Belakang


Assalamualaikum...

Baju kat atas ni bukan saya yang jahit tapi Kak Ngah. Kak Ngah nak wujudkan fesyen baru kat Malaysia ni iaitu Fesyen Baju Batik. Kenapa? Apa yang pelik sangat dengan baju batik? Taklah pelik.. cuma Kak Ngah guna Kain Batik untuk dijadikan baju... tak pernah saya nampak orang pakai baju jenis ni setakat ni. Modal nak buat baju ni taklah mahal.. Kain batik ni Mak Yang beli kat Langkawi.. murah je RM11.. tapi kalau beli baju batik yang dah siap camni kat kedai harganya sampai RM50!! pelik tak kenapa kalau kat kedai baju ni mahal sangat? padahal kain batik murah je.. kenapa? sebab susah nak potong kain batik ni. bukan sebab kain ni lembik tapi sebab susah nak tentukan corak kain bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan badan dan tangan. kalau salah cara memang tak cukup kain. pening pun ada bila nak pilih corak kain ni... lepas tengok Kak Ngah jahit baju ni.. saya pun teringin nak jahit jugak baju camni.. corak kain batik kami sama tapi warnanya lain.. InsyaAllah saya akan jahit jugak baju batik tapi bukan sekarang hehehe

3 comments:

Khaty Sew Wednesday, October 21, 2009 12:33:00 PM  

Salam Cik Adik Solehah..
cantik baju blouse batik tulah..selalunya akak buat kaftan jerr. cuma jait cantum atas dan tepi kiri kanan. Baguzz ide kak ngah tu (rasa cam akak lagi tua he..he..).

tapi kan...jgn marah kolo akak bagi komen skit...tak marah kan..kan..?

arah depan dan belakang munga tu tak ngam rasanya...if depan munga menjalar kebawah...belakang pun rasanya menjalar ke bawah jugalah. betul tak?..
hanya pandangan satu sen akak..maaflah.

Solehah Wednesday, October 21, 2009 1:37:00 PM  

Salam kak khaty,

Tak marah, memang dialu-alukan.corak baju ni camni sebab ini je corak yang terbaik yang boleh diambil setelah diacu dengan pola baju. tak boleh buat macam yang kak cakap tu, kain tak cukup nak buat camtu. sebab tu lah bunga tunggang terbalik ;D

umo kak ngah 25 :P

Insulation Contractors Hawthorne Saturday, December 24, 2022 7:47:00 AM  

Good read

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP