Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 21, 2010

Sulaman Tangan

Assalamualaikum

Hari Isnin yang lepas, saya pergi ke Kursus Sulaman Tangan di KOMBES. Basically kat sana saya belajar sulaman benang. Peserta kursus tak ramai sangat, so best la belajar. Cikgu Nora bawa 3 orang pembantu untuk assist peserta kursus.

Malam sebelum kursus, saya telah buat sedikit homework. Saya rujuk buku sulaman benang, manik dan labuci oleh Rosita Jaafar. Inilah hasilnya. Jeng jeng jeng...



Lazy Daisy(detached chain stitch), Chain, Satin, French Knot


Lazy Daisy(detached chain stitch)


Banksia Rose. Bullion kat tengah rose. Back stitch and lazy daisy(detached chain stitch).



Yang ni takde dalam buku tapi tekniknya sama je iaitu detached chain stitch. Saya terfikir nak buat sulaman riben ni lepas saya belek-belek jubah saya. Riben yang digunakan sepatutnya lebih halus dan lembut tapi ini je yang saya ada. Bedal je la.



Ok. Cukup. Sekarang saya nak tunjuk pulak apa yang saya belajar kat kursus.

Kat Kursus sulaman tangan, saya belajar teknik menyulam dan bukannya corak. Cikgu Nora kata kalau kita dah tau teknik, apa-apa corak pun kita boleh buat. Ni jenis-jenis sulaman.

Dr atas ke bawah Running stitch, Back Stitch, Chain Stitch, Feather Stitch, French Knot, Bullion, Daun (bukan bibir ye..), Corak kat bawah tu tak siap lagi hehehe.






Ada macam-macam teknik untuk buat daun. Boleh juga guna detached chain stitch untuk daun. Jenis sulaman yang saya masih tak biasa adalah French Knot. Kena praktis lagi ni.

Kelas sulaman seterusnya, asalnya kena bawa tudung sebab nak sulam atas tudung tapi saya mintak kat cikgu nak bawa saprah. So, kita tengoklah nanti macammana rupa saprah saya. ;-D
Pembantu cikgu Nora ada bawa tudung yang dia sulam dan harganya RM70. Itu baru tudung yang saiz macam tu. Agak-agak kalau saya sulam saprah yang lebih besar, lagi mahal tak?

Sulaman tangan memang menghasilkan kepuasan dan kegembiraan. This is my new passion. Frankly speaking, saya lebih suka sulaman benang daripada manik dan labuci. Saya bersyukur saya suka sulaman tangan dan saya berpeluang belajar sulaman tangan dalam usia yang muda. :-)

Sunday, April 18, 2010

Jahit manik

Assalamualaikum,

Semalam ada kursus menjahit manik kat kombes (kompleks belia dan sukan). Ramai sangat orang yang datang sampai penuh 1 bilik. Adalah lebih kurang 140 orang. Oh wow. Macammana nak belajar camtu? Belajar je la mana yang boleh. Oleh kerana ramai sangat yang datang semalam, satu tarikh baru telah dibuat dan 140 orang dibahagikan kepada 2. So, saya akan pergi lagi pada tarikh yang lain.

Semalam dapat belajar sikit je. Takpelah, boleh belajar sendiri kan? Ini je yang saya buat semalam.

Asas jahitan manik. Yang ni cikgu ajar.



Yang ni saya belajar sendiri dan daripada hasil perbincangan berkumpulan dengan sepupu. :-)


Sebab ramai sangat sampai kena tunggu lama, jadi ramai yang ambil inisiatif jahit manik sendiri. :-)

Saya harap kursus yang akan datang saya dapat input yang lebih banyak. :-)

Thursday, April 15, 2010

Sulaman Benang

Assalamualaikum,


Hari Selasa yang lepas, kami 3 beranak pegi ke rumah Mak Long. Tujuannya murni iaitu untuk belajar sulaman tangan daripada Mak Long. Mak Long memang terer bab sulam ni. Mak Long banyak menyulam kat saprah. Jadi, kami 2 beradik (kak ngah and i) sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mewarisi ilmu generasi "matang" mengambil kesempatan ke atas pengetahuan Mak Long. Maka, kami pun belajar satu jenis sulaman iaitu "sulaman tak tahu apa namanya". Sebagai latihan untuk memahirkan diri dan memantopkan skill, saya telah berjaya menyulam sekuntum bunga yang indah. lol.


Macam jagung kan? Kalau saya boleh bagi nama untuk sulaman jenis ni saya bagi nama "sulaman jagung" :-D




Semua ni "bahan dan radas" yang diperlukan untuk menyulam. Untuk permulaan, oleh kerana saya beginner dan asas menyulam pun tak pernah belajar maka saya menggunakan benang yang kualiti boleh tahan rendah dan murah untuk praktis di atas kain yang terpakai. Oh! tapi pen itu bukan murah, RM5 untuk sebatang pen washable. Sesuai digunakan untuk melukis corak sulaman dan manik.




Kalau kalian nak sulaman kalian tahan lama InshaAllah, kalian hendaklah guna benang yang berkilat kat luar atau benang lipat macam dalam gambar ni dan kainnya hendaklah tebal skit supaya tahan lama untuk jangka masa panjang.



Lagi best kalau dapat guna benang ni. tapi... mahal.. T_T
Benang ni tak sesuai untuk jenis "sulaman tak tau apa namanya" atau saya gelar "sulaman jagung" sebab benang ni nipis dan butir-butir jagung tidak akan kelihatan sekiranya benang ini digunakan.

Selepas dah sulam sekuntum bunga ni, mak kata "Dah la tu.. tak payah praktis lagi.. terus buat betul-betul." Adakah ini bermaksud sulaman tangan saya ni kelihatan seperti sulaman seorang professional dan tak perlu praktis lagi? :-P
Atas nasihat mak, saya pun berhenti praktis. hahaha

Setelah saya mencuba sulaman tangan dengan serta-merta saya telah jatuh cinta padanya maka kemungkinan besar blog homesolehah : Sebatang Jarum Emas akan bertambah isi kandungan mengenai sulaman tangan.

Ok. Saya mengaku sebelum saya belajar sulam, saya tak minat sangat dengan sulaman tangan. Saya sebagai orang muda berfikiran bahawa sulaman tangan ini akan saya minati bila umur makin meningkat. Besides, saya lebih suka sulaman mesin dengan alasan sulaman mesin lebih praktikal dan relevan, menjimatkan masa dan kemas berbanding sulaman tangan. "Buat apa nak susah payah sulam tangan sedangkan mesin dah ada dan hasilnya lebih cantik berbanding sulaman tangan?" Wuhuu bestnya soalan... Sekarang saya nak jawab balik pada diri saya yang sebelum ni. Jawapannya, "Sulaman tangan adalah satu kepuasan kepada setiap individu walaupun jahitannya mungkin tak cantik dan lama masa yang diambil tapi itu adalah hasil titik peluhnya sendiri dan kegigihannya untuk terus menyulam walaupun menempuhi pelbagai kesukaran (seperti benang simpul dan kesusahan belajar sulaman) sehinggakan apabila seni sulaman tangannya telah siap maka airmatanya pun mengalir kegembiraan dan itu adalah satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata." :-)

Hari tu saya tengok kat GM mesin sulam manual Janome RM2000 kot. Kalau berkomputer RM6000. Whoa. Oleh itu, ukur baju di badan sendiri, lebih baik belajar sulaman tangan, lebih puas hati dan airmata akan mengalir kegembiraan. :-)

Saya, pemilik blog ini mempunyai satu azam yang baru iaitu untuk belajar sulaman tangan berpandukan buku. Bila teliti dalam buku, saya rasa saya boleh buat. Buku yang saya maksudkan ialah...





dan buku ni



*** Dalam buku-buku ni takde "Sulaman Jagung" :-D

Saya juga akan pergi ke kursus sulaman tangan di kompleks belia dan sukan untuk sehari. Harap-harap saya cepat tangkap apa yang diajar. :-)

Tuesday, April 13, 2010

Change my mind

Image : google search

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya kata nak remove dua video daripada blog saya (lihat post sebelum ni). But now i changed my mind. Why? Please jangan tanya :-) Jadi, kalian masih boleh view video itu tapi saya masih berniat untuk remove video itu daripada blog sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian. Maka, Kedua-dua video itu tetap macam biasa. Masih di sini. :-)

Saturday, April 03, 2010

Pemberitahuan : Video akan dipadam

Image: google search

Assalamualaikum,

Dear pengunjung blog Homesolehah : Sebatang Jarum Emas,

Saya telah membuat keputusan akan memadamkan :


atas sebab-sebab tertentu. Please jangan tanya saya apa sebabnya. Video-video ini akan dipadam dalam blog ini pada minggu hadapan. Selepas seminggu, video ini akan dihadkan kepada orang yang tertentu sahaja di youtube. Saya harap kalian dapat ambil kesempatan dalam tempoh seminggu ini untuk belajar dan memahirkan diri dengan jahitan mata lalat dan lubang butang.

"What? Seminggu je Solehah?! Mana mau seminggu dah mahir." Saya bukanlah nak delete video ni secara total kat internet ni. Saya masih akan simpan kat youtube, jadi sesiapa yang berminat nak belajar jahitan ni boleh request pada saya untuk access video ni. PEREMPUAN SAHAJA yang boleh request untuk access video ni. Laki tak mau ye..

Semoga kalian dapat belajar daripada video tutorial saya dan dapat memahirkan diri dengan jahitan ini. Wassalam.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP