Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 21, 2010

Sulaman Tangan

Assalamualaikum

Hari Isnin yang lepas, saya pergi ke Kursus Sulaman Tangan di KOMBES. Basically kat sana saya belajar sulaman benang. Peserta kursus tak ramai sangat, so best la belajar. Cikgu Nora bawa 3 orang pembantu untuk assist peserta kursus.

Malam sebelum kursus, saya telah buat sedikit homework. Saya rujuk buku sulaman benang, manik dan labuci oleh Rosita Jaafar. Inilah hasilnya. Jeng jeng jeng...



Lazy Daisy(detached chain stitch), Chain, Satin, French Knot


Lazy Daisy(detached chain stitch)


Banksia Rose. Bullion kat tengah rose. Back stitch and lazy daisy(detached chain stitch).



Yang ni takde dalam buku tapi tekniknya sama je iaitu detached chain stitch. Saya terfikir nak buat sulaman riben ni lepas saya belek-belek jubah saya. Riben yang digunakan sepatutnya lebih halus dan lembut tapi ini je yang saya ada. Bedal je la.



Ok. Cukup. Sekarang saya nak tunjuk pulak apa yang saya belajar kat kursus.

Kat Kursus sulaman tangan, saya belajar teknik menyulam dan bukannya corak. Cikgu Nora kata kalau kita dah tau teknik, apa-apa corak pun kita boleh buat. Ni jenis-jenis sulaman.

Dr atas ke bawah Running stitch, Back Stitch, Chain Stitch, Feather Stitch, French Knot, Bullion, Daun (bukan bibir ye..), Corak kat bawah tu tak siap lagi hehehe.






Ada macam-macam teknik untuk buat daun. Boleh juga guna detached chain stitch untuk daun. Jenis sulaman yang saya masih tak biasa adalah French Knot. Kena praktis lagi ni.

Kelas sulaman seterusnya, asalnya kena bawa tudung sebab nak sulam atas tudung tapi saya mintak kat cikgu nak bawa saprah. So, kita tengoklah nanti macammana rupa saprah saya. ;-D
Pembantu cikgu Nora ada bawa tudung yang dia sulam dan harganya RM70. Itu baru tudung yang saiz macam tu. Agak-agak kalau saya sulam saprah yang lebih besar, lagi mahal tak?

Sulaman tangan memang menghasilkan kepuasan dan kegembiraan. This is my new passion. Frankly speaking, saya lebih suka sulaman benang daripada manik dan labuci. Saya bersyukur saya suka sulaman tangan dan saya berpeluang belajar sulaman tangan dalam usia yang muda. :-)

3 comments:

misa Thursday, April 29, 2010 12:34:00 PM  

salam..

saya pun suka sulaman benang dan sulaman riben.. lgpun kebanyakan teknik asasnya sama..

Goldman Wednesday, November 24, 2010 11:33:00 AM  

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

Anonymous Monday, June 09, 2014 5:15:00 PM  

kak...bukan sepatutnya sebilah jarum emas ke... sebab jarum kan tajam sebab tu guna "bilah"

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP