Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 15, 2010

Sulaman Benang

Assalamualaikum,


Hari Selasa yang lepas, kami 3 beranak pegi ke rumah Mak Long. Tujuannya murni iaitu untuk belajar sulaman tangan daripada Mak Long. Mak Long memang terer bab sulam ni. Mak Long banyak menyulam kat saprah. Jadi, kami 2 beradik (kak ngah and i) sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mewarisi ilmu generasi "matang" mengambil kesempatan ke atas pengetahuan Mak Long. Maka, kami pun belajar satu jenis sulaman iaitu "sulaman tak tahu apa namanya". Sebagai latihan untuk memahirkan diri dan memantopkan skill, saya telah berjaya menyulam sekuntum bunga yang indah. lol.


Macam jagung kan? Kalau saya boleh bagi nama untuk sulaman jenis ni saya bagi nama "sulaman jagung" :-D




Semua ni "bahan dan radas" yang diperlukan untuk menyulam. Untuk permulaan, oleh kerana saya beginner dan asas menyulam pun tak pernah belajar maka saya menggunakan benang yang kualiti boleh tahan rendah dan murah untuk praktis di atas kain yang terpakai. Oh! tapi pen itu bukan murah, RM5 untuk sebatang pen washable. Sesuai digunakan untuk melukis corak sulaman dan manik.




Kalau kalian nak sulaman kalian tahan lama InshaAllah, kalian hendaklah guna benang yang berkilat kat luar atau benang lipat macam dalam gambar ni dan kainnya hendaklah tebal skit supaya tahan lama untuk jangka masa panjang.



Lagi best kalau dapat guna benang ni. tapi... mahal.. T_T
Benang ni tak sesuai untuk jenis "sulaman tak tau apa namanya" atau saya gelar "sulaman jagung" sebab benang ni nipis dan butir-butir jagung tidak akan kelihatan sekiranya benang ini digunakan.

Selepas dah sulam sekuntum bunga ni, mak kata "Dah la tu.. tak payah praktis lagi.. terus buat betul-betul." Adakah ini bermaksud sulaman tangan saya ni kelihatan seperti sulaman seorang professional dan tak perlu praktis lagi? :-P
Atas nasihat mak, saya pun berhenti praktis. hahaha

Setelah saya mencuba sulaman tangan dengan serta-merta saya telah jatuh cinta padanya maka kemungkinan besar blog homesolehah : Sebatang Jarum Emas akan bertambah isi kandungan mengenai sulaman tangan.

Ok. Saya mengaku sebelum saya belajar sulam, saya tak minat sangat dengan sulaman tangan. Saya sebagai orang muda berfikiran bahawa sulaman tangan ini akan saya minati bila umur makin meningkat. Besides, saya lebih suka sulaman mesin dengan alasan sulaman mesin lebih praktikal dan relevan, menjimatkan masa dan kemas berbanding sulaman tangan. "Buat apa nak susah payah sulam tangan sedangkan mesin dah ada dan hasilnya lebih cantik berbanding sulaman tangan?" Wuhuu bestnya soalan... Sekarang saya nak jawab balik pada diri saya yang sebelum ni. Jawapannya, "Sulaman tangan adalah satu kepuasan kepada setiap individu walaupun jahitannya mungkin tak cantik dan lama masa yang diambil tapi itu adalah hasil titik peluhnya sendiri dan kegigihannya untuk terus menyulam walaupun menempuhi pelbagai kesukaran (seperti benang simpul dan kesusahan belajar sulaman) sehinggakan apabila seni sulaman tangannya telah siap maka airmatanya pun mengalir kegembiraan dan itu adalah satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata." :-)

Hari tu saya tengok kat GM mesin sulam manual Janome RM2000 kot. Kalau berkomputer RM6000. Whoa. Oleh itu, ukur baju di badan sendiri, lebih baik belajar sulaman tangan, lebih puas hati dan airmata akan mengalir kegembiraan. :-)

Saya, pemilik blog ini mempunyai satu azam yang baru iaitu untuk belajar sulaman tangan berpandukan buku. Bila teliti dalam buku, saya rasa saya boleh buat. Buku yang saya maksudkan ialah...





dan buku ni



*** Dalam buku-buku ni takde "Sulaman Jagung" :-D

Saya juga akan pergi ke kursus sulaman tangan di kompleks belia dan sukan untuk sehari. Harap-harap saya cepat tangkap apa yang diajar. :-)

5 comments:

misa Thursday, April 29, 2010 12:31:00 PM  

salam..

hi.. saya selalu masuk blog ni, tp silent reader je..

'sulaman jagung' tu teknik nya mcm mana.. tak penah tgk pula..

Solehah Sunday, May 02, 2010 4:27:00 PM  

salam,

sulaman jagung ni tekniknya susup je... macam anyam ketupat..

Anonymous Saturday, October 09, 2010 7:57:00 AM  

cantik.... saya pun minat tp xsempat lak... beli buku je tuk koleksi...

Anonymous Sunday, January 27, 2013 12:10:00 PM  

Assalamualaikum. Akak, kalau akak tunjuk step by step sulaman jagung ni boleh? Saya teringin nak belajar. :)

MyOgingo Handmade Monday, December 19, 2016 4:35:00 PM  

salam,

tumpang tanya.. beli buku sulam tu di mana ya

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP