Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 01, 2010

Kursus Gubahan Pengantin - Hari Pertama (Bunga Dip)

Assalamualaikum,

Saya baru balik dari kursus gubahan hantaran pengantin kat Kompleks Belia dan Sukan. Ada 4 kelas kesemuanya. Bahan dan makanan disediakan. Kepada yang teringin nak pergi, dah terlambat. Cuba tahun depan sebab tahun ni Kursus Gubahan Hantaran Pengantin dah cukup orang. Tahun depan mungkin ada kekosongan sebab saya takde kat sini. hehehe. Kalau saya ada, semua kursus kat KOMBES tu saya nak bolot. Kenapa? Sebabnya :

1. Murah(paling mahalpun kena bayar RM10) dan free kadang-kadang
2. Tak dapat kat tempat lain.
3. Tarikh kursus adalah pada hari cuti.
4. Macam-macam kursus ada.

Oklah. Saya nak tunjuk apa yang saya belajar hari ni. Hari ni kami belajar buat bunga "dip" (ye ke eja camni?)


Ini bahan-bahan yang disediakan oleh cikgu. Dawai, Kain untuk riben, Kain net.
Alat-alat yang peserta perlu bawa adalah playar, gunting, gam uhu. Bahan yang lain telah disediakan.

Mula-mula, kami kena ambik dawai dan buat bentuk macam ni ikut saiz penutup botol.


Ni untuk bunga. Bentuk ikut kreativiti masing-masing.


Buat banyak-banyak untuk kelopak bunga dan daun.

Pastu, kena celup kat dalam cecair ni. Waktu celup kena hati-hati, teliti dan perlahan sebab kalau tak sabar dan gopoh mungkin akan ada lubang ataupun jadi tak cantik sebab cecair tu tak sekata.




Untuk bunga.


Untuk daun.




Celup banyak-banyak sampai cukup untuk buat gubahan bunga.

Step seterusnya, lilit benda kat bawah ni. Lilit daun satu persatu. Kemudian baru gabungkan dengan benda kat bawah ni. Lilit juga benda yang gold kat bawah ni dengan kelopak-kelopak bunga dan membentuk satu kuntuman bunga.


Lilit-lilit...


Lilit jugak satu persatu daun sebelum sambung dengan tangkai.

Kat bawah ni gambar setelah daun disatukan dengan tangkai dan kelopak bunga disatukan menjadi kuntuman. (kagum tak tengok daun-daun yang berlingkar-lingkar tu?) hehehe. Nak tahu macam mana saya buat bentuk daun macam tu? Adalah... :-P





Bunga Ros. Bunga warna kuning tu takde kena-mengena.

Satukan bunga, daun, riben, kain net, dan stand. Ini hasilnya... tadaaaaa!


Cantik kan? Berbakat rupanya saya ni..(hahaha angkat bakul sendiri) Sebelah kiri adalah bunga rose dan sebelah kanan adalah bunga raya. Jangan lupa bubuh telur.

Tau tak harga gubahan macam ni? Jangan terkejut.. harganya RM17 untuk satu. Wuhuuu! Kalau orang tempah 50 pieces? atau 100? Kayee lah kau... (kata Ehsan, watak dalam upin ipin) Memanglah harganya macam ni... Bahan je dah mahal. Belum lagi proses nak buatnya yang merumitkan. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri.

Gubahan-gubahan kat bawah ni pulak di hasilkan oleh cikgu yang mengajar kami iaitu Cikgu Sariah, Cikgu KEMAS Taman Perpaduan.












Esok ada kelas lagi. Peserta kena bawa botol 100 Plus. Bersambung..

8 comments:

Ann Saturday, May 01, 2010 9:36:00 PM  

Salam..cik solehah..cantiknya bunga tu....pandai buat...

craftime Saturday, May 01, 2010 10:05:00 PM  

memang cantik geram btl tengok. apa nama bahan celup tu ek?

Solehah Sunday, May 02, 2010 4:31:00 PM  

to Ann,

Salam cik Ann.. terima kasih..

to craftime,

bahan celup tu saya tak pasti namanya. tapi kat label tu tulis Flower Making Liquid.Kat sini ada jual kat kedai alat-alat jahitan dan kraf. thx.

Mila@Rimbun Monday, May 03, 2010 3:00:00 PM  

berapa harga cecair tuh satu botol eks

Solehah Monday, May 03, 2010 6:32:00 PM  

Saya tak tahu... belum tengok kat kedai lagi.

Nur Mohamed Monday, May 03, 2010 8:08:00 PM  

wah...bestnyee...nk wat jugak lah..mane nk cari cecair tu??

Solehah Tuesday, May 04, 2010 1:32:00 PM  

Kalau kat Ipoh saya tau la nak cari kat mana... kalau kat kota bharu saya tak tahu.. hehehehe

Goldman Wednesday, November 24, 2010 11:35:00 AM  

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP