Balkrum, stafflex, interfacing...
Maklumat ni saya dapat daripada nota MyGfl Baju Melayu Cekak Musang tentang Balkrum, Stafflex dan Interfacing.
Balkrum
- Bahan yang digunakan di bahagian pinggang.
Stafflex
- Bahan yang digunakan di bahagian pinggang sebagai ikatan.
Interfacing
- Rupa dan warna interfacing adalah sama seperti stafflex tetapi teksturnya lebih lembut.
- Dilekatkan di antara pakaian dan lapik untuk mengeraskan.
Kain gam yang saya selalu maksudkan adalah yang ini
Kain gam yang saya selalu gunakan sebagai lapik leher baju kurung tidaklah saya tahu nak disebut sebagai apa. Menurut maklumat di atas, balkrum dan stafflex adalah seperti benda yang sama. Sekiranya ada pengunjung blog saya yang tahu apa beza kedua benda ni, sila kongsikan di sini. Saya amat menghargai maklum balas anda.