:-)
Assalamualaikum,
Saya telah membuat poll untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang... ya.. rakyat Malaysia.. saya ulang, untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang ingin membeli ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung. Baju kurung yang dimaksudkan ialah baju kurung pesak buluh, iaitu baju kurung biasa. Lihat sebelah kanan bahagian atas.
Saya juga nak tahu, berapakah anda sanggup bayar sekiranya memang buku maya ini lengkap untuk anda. Tak mudah nak hasilkan ebook panduan yang lengkap dan memuaskan hati semua pihak, tapi inshaAllah saya akan buat yg terbaik.
InshaAllah dalam masa terdekat saya akan menjual ebook Panduan Menjahit Kemasan Leher Mata Lalat dan Tulang Belut. Itu perancangan saya setakat ini. Tetapi disebabkan sekarang telah mempunyai suami yang kacak dan anak kecil yang comel, maka saya mungkin tak dapat siapkan dengan cepat.
Homesolehah masih akan memberi tips-tips dan nota-nota percuma untuk anda pengunjung setia.
Kemungkinan ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung akan menjadi anak emas blog Sebatang Jarum Emas.
Semoga buku yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada seorang suri rumah untuk menjahit baju anak-anak, seorang ibu tunggal untuk menyara kehidupan, seorang gadis yang baru belajar jahit, seorang isteri yang dah tak sanggup nak beli/tempah baju kerana upah yg mahal, dan sebagainya.
:-)
9 comments:
amat berguna sekali bagi yang baru ingin mencuba untuk menjahit baju sendiri...
to Mila,
InshaAllah
salam kak saya ana dari sabah,saya selalu mengunjugi blog akk tp saya x pernah jumpa nota2 jahitan langsir dan bantal hiasan....saya minat sangat jahit langsir..apatah lg ada langsir yg unik mcm langsir kerang dan l.kipas,selain 2 ada langsir haritage ke kak......
assalamualaikum...
saya ada download cara2 memotong kain dr saudari tp saya x beli e-booknya. takpe ke? saya rasa musykil sbb tu tanya.
assalamualaikum...
alamak saya dah salah blog. bkn blog ni saya download cara2 gunting kain. maaf ye.
assalamualaikum, klaau solehah dah launch ebook tu nanti..seru nama akak yer.akak nak sangat.sekarang dalam proses belajar jahit baju kurung.
otak dah tak berapa laju, tangan pulak terkial-kial..dah belajar dengan kawan, tapi tak boleh-boleh nak buat leher...nak sambung kekek dengan sisi...
xsabar nk tunggu ebook solehah..
pssst: tahniah solehah dah jadi isteri dan ibu..semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali ye adikku.
salam..saya ahli jemaah yang baru.. :)
murahnya RM25 utk baju kurung. mcm x berbaloi dengan penat lelah menjahit tu..RM25 tu org ambil utk baju kurung anak kecil aje kot. Dewasa dah tak dapat harga tu.
makasih suka banget sama blog ini karna saya jadi bisa belajar membuat baju
terima kasih ya artikelnya bagus sekali
http://www.herbalmedika.com/foredi.html
makasih suka banget sama blog ini karna saya jadi bisa belajar membuat baju
terima kasih ya artikelnya bagus sekali
Obat Herbal
Post a Comment