Wahai para ibu, mari jadi canggih!
Assalamualaikum,
Merujuk kepada entry ini setahun lalu, ramai yang tertanya-tanya kenapa saya seakan mahu berhenti daripada blogging. Saya mungkin berhenti, tapi selepas setahun saya kembali. Kenapa lepas setahun? you might ask. Dalam tempoh setahun ni, saya melalui fasa baru dalam hidup saya. Dulu mungkin kurang matang, sekarang mungkin lebih matang. Mari kita tengok apa dah jadi.
More than a year ago, i was SINGLE
Then i got MARRIED
Now, i am a WIFE
and a MOTHER
Tapi sekarang saya buat keputusan untuk terus berblogging inshaAllah.
Gambar di bawah ni adalah antara baju-baju yang saya jahit untuk anak. Baju pertama yang anak saya pakai setelah lahir adalah satu set pakaian yang dijahit oleh maknya. Alhamdulillah. Baju, seluar, booties, mittens. InshaAllah saya akan terus jahit pakaian anak selama dia membesar. Biar anak pakai baju yang dijahit oleh ibunya dengan penuh kasih sayang.
Dulu, mak yang jahit baju saya. Sekarang saya pula jahit baju anak. Wahai para ibu, semoga Allah merahmati anda. Tidakkah anda rasa bahagia sekiranya suami dan anak pakai baju yang anda jahit? Anak dan suami mana pun akan rasa bahagia dan bangga bila pakai baju yang mak dan isterinya jahit. Jika ada ibu yang tak tahu jahit, masih boleh belajar. Sekarang dah banyak kelas jahit, blog-blog, blog sebatang jarum emas, kursus-kursus, buku, majalah, etc. Percuma, berbayar.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi seorang ibu yang canggih, tak perlu tempah baju dan beli di kedai kerana kita boleh jahitkan pakaian anak-anak kita. Semoga Allah redha dan melimpahkan rahmat-Nya kepada para ibu sekalian. Amiin.
p/s: Saya ada baca hadith tentang ganjaran yang Allah beri kepada para ibu yang jahit pakaian anak tapi oleh kerana saya belum jumpa sumber hadith, maka saya tak nyatakan hadith tersebut.
4 comments:
Akak setuju dgn pendapat solehah.Cuma sekarang akak xberapa reti lagi nak jahit baju anak2 lelaki akak.Sekadar jahit baju sendiri saja.Rasa cam susah baju lelaki ni...heheheheh
tahniah solehah... bagi laa tutorial tuk baju baby.. ain pon teringin nak jahit tapi agak blur.. pernah try jahit baju sendiri.. tapi hampeh jadinya.. huhu
syukran jaziilan solehah.....ilmu yg awak bg dan share dgn semua org mndapat keberkatan...
Salam solehah,ilmu yg adik kongsikan di sini insyallah akak akan gunakan sebaik mungkin untuk belajar menjahit baju untuk anak-anak(ada 3 orang anak perempuan yg masih kecil).Terima kasih,mudah-mudahan Allah merahmati adik sekeluarga.Walau jahitan kita tak sekemas dan secantik seperti yg dibuat oleh tukang jahit,hasilnya sangat bermakna buat yg memakainya terutama sekali anak-anak,dihati mereka ada rasa gembira dan bangga memakai pakaian hasil dari tangan ibunya,insyallah ada kelapangan akak akan singgah selalu di blog solehah.
Post a Comment