Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 20, 2011

Wahai para ibu, mari jadi canggih!

Assalamualaikum,

Merujuk kepada entry ini setahun lalu, ramai yang tertanya-tanya kenapa saya seakan mahu berhenti daripada blogging. Saya mungkin berhenti, tapi selepas setahun saya kembali. Kenapa lepas setahun? you might ask. Dalam tempoh setahun ni, saya melalui fasa baru dalam hidup saya. Dulu mungkin kurang matang, sekarang mungkin lebih matang. Mari kita tengok apa dah jadi.

More than a year ago, i was SINGLE

Then i got MARRIED

Now, i am a WIFE

and a MOTHER


Tapi sekarang saya buat keputusan untuk terus berblogging inshaAllah.
Gambar di bawah ni adalah antara baju-baju yang saya jahit untuk anak. Baju pertama yang anak saya pakai setelah lahir adalah satu set pakaian yang dijahit oleh maknya. Alhamdulillah. Baju, seluar, booties, mittens. InshaAllah saya akan terus jahit pakaian anak selama dia membesar. Biar anak pakai baju yang dijahit oleh ibunya dengan penuh kasih sayang.

Dulu, mak yang jahit baju saya. Sekarang saya pula jahit baju anak. Wahai para ibu, semoga Allah merahmati anda. Tidakkah anda rasa bahagia sekiranya suami dan anak pakai baju yang anda jahit? Anak dan suami mana pun akan rasa bahagia dan bangga bila pakai baju yang mak dan isterinya jahit. Jika ada ibu yang tak tahu jahit, masih boleh belajar. Sekarang dah banyak kelas jahit, blog-blog, blog sebatang jarum emas, kursus-kursus, buku, majalah, etc. Percuma, berbayar. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi seorang ibu yang canggih, tak perlu tempah baju dan beli di kedai kerana kita boleh jahitkan pakaian anak-anak kita. Semoga Allah redha dan melimpahkan rahmat-Nya kepada para ibu sekalian. Amiin.

p/s: Saya ada baca hadith tentang ganjaran yang Allah beri kepada para ibu yang jahit pakaian anak tapi oleh kerana saya belum jumpa sumber hadith, maka saya tak nyatakan hadith tersebut.




Monday, October 17, 2011

Gorgeously Yummy Cupcakes!

Assalamualaikum,

Sedang asyik blog walking, tiba-tiba terpikat tengok satu blog yang jual cupcakes. Kenapa saya terpikat? Sebab design cupcakes dalam blog tu membuatkan saya tersenyum. Kenapa saya tersenyum? Sebab..... ha jeng jeng jeng... anda semua kena nilai sendiri :-P






















Aren't they beautiful? Semua cupcakes ni dibuat oleh Siticupcakes. Isn't she's talented and gifted? Hooo tak ramai boleh buat macam ni... Ada yang tangan kematu lah, tangan tak berseni lah.. hehehe. Tapi practice makes perfect. Where there's a will there's a way. Sama jugak macam menjahit. Ada yang kata diri sendiri langsung takde bakat menjahit.Belum buat belum tahu. Buat sampai jadi.

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu. Kau boleh! Aku boleh! Kita boleh!

By the way, Siticupcakes ada ambil tempahan untuk cake, cupcake, nyonya kuih, roti. Sesiapa berminat boleh hubungi Siticupcakes sendiri. Siticupcakes beroperasi di Johor. Lawat blog siticupcakes http://siticupcakes.blogspot.com/

Contact info:

Tel  012 7960577 siti
012 7072510 fatimah

Email
siticupcake@yahoo.com
sitighaniah@yahoo.com.my

Facebook : sitighaniah/siticupcakes

Thursday, September 29, 2011

I'M BACK!


ASSALAMUALAIKUM,

Hampir setahun saya menghilangkan diri dari dunia blogging. Sekarang saya telah kembali dan Alhamdulillah masih bernyawa(ada yang ingat saya dah mati hihihi). Banyak mesej yang tak dibalas dan soalan yang tak dijawab. Saya mungkin tak terlarat nak balas mesej dan soalan terkumpul selama hampir setahun. Saya dimaklumkan ramai yang dah pandai menjahit lepas rujuk blog ni. Tahniah. Saya harap dengan ilmu menjahit ni ramai ibu-ibu yang menjahit sendiri pakaian anak-anak dan beroleh pahala daripada Allah. Ameen

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP