Misi baru - Baju kebaya Idaman
Assalamualaikum,
Ya, saya tahu saya dah lama tak post dalam blog ni. Ya saya tahu... minta maaflah khasnya kepada kak shereen hehehe. Ok, oleh kerana kat pasaraya dah pasang lagu raya dan kat tv dah ada iklan raya, maka saya akan tunjukkan satu design baju yang mungkin memberi ilham kepada anda untuk jahit baju tahun ni.
Saya pernah buat baju kebaya sebelum ni, remember my first kebaya? Siapa yang tak tahu sila rujuk sini. Oleh kerana my dear Kak Ngah mintak saya ajar jahit baju kebaya sebab beliau teringin sangat nak pakai kebaya dan saya pun teringin nak buat kebaya baru lepas tengok design baju kat majalah Nona, maka kami pun buat keputusan nak jahit design baju kat bawah ni sama-sama.
Selain daripada sebab design kat majalah yang membuatkan diri ini berkobar-kobar untuk memiliki design yang sama, sebab lainnya adalah abang(biological brother) saya ada beli sepasang kain seumpama songket berwarna hijau dan keemasan yang MashaAllah! cantiknya..
Jadi, misi kami dua beradik adalah untuk menyiapkan baju kebaya yang menawan macam kat bawah ni menggunakan kain songket yang sedia ada.
Inilah design baju yang telah saya gembar-gemburkan tadi. Terrific!
Pada pendapat saya, baju ni kelihatan sopan, anggun, menawan, ringkas.
Sesiapa yang nak cuba design ni, semoga berjaya saya doakan. Nanti, kalau sesiapa dah cuba jangan lupa kongsi dengan saya hasilnya. Bye for now.
Pada pendapat saya, baju ni kelihatan sopan, anggun, menawan, ringkas.
Sesiapa yang nak cuba design ni, semoga berjaya saya doakan. Nanti, kalau sesiapa dah cuba jangan lupa kongsi dengan saya hasilnya. Bye for now.
3 comments:
salam..
mmg lawa baju kebaya tu..kalu la daku kurus cenggitu..hehe!
selamat menyambut lebaran ye solehah..
to lynn nasir,
salam, a'ah cantik kan kebaya tu..
ramadan mubarak! ;-)
assalamualaikum solehah,
hehe...baru baca nih...kebaya yg memang anggun...si pemakai nampak ayu dan kemas.huhu
semoga berjaya dengan misinya ye..hehe :))
salam lebaran~
Post a Comment