Menjahit/mencantum lubang lengan.
Assalamualaikum,
Ramai akak-akak yang bertanya kat saya "Solehah, macam mana nak cantum lubang lengan? kalau akak cantum mesti terlebih, pastu kena potong."
Siapa yang menjahit baju blouse, jubah, kebaya dan lain-lain mesti tahu kesusahan untuk memadankan lubang lengan.
Ok, say no more. Sekarang saya akan bagitau cara saya mencantumkan lubang lengan. Saya tak tahu orang lain pakai kaedah apa. Lebih kelakar lagi, saya tak tahu pun alatan-alatan ni wujud,
rujuk sini ---> http://library.thinkquest.org/05aug/01403/tools_p.html
Tapi, walaupun saya tak tahu menahu tentang segala alatan tu (kecuali seterika) dan cara menggunakannya, Alhamdulillah jadi jugak baju yang saya jahit menggunakan kaedah "tradisional" :-D
Waktu saya belajar menjahit dulu, saya tak di ajar apa kaedah yang digunakan untuk mencantumkan lubang lengan. Saya disuruh peniti dan jelujur cantuman tu. So i guess, ini je la kaedahnya dan saya berpendapat sama macam akak-akak yang bertanya.
Rasa terseksa lah jugak bila tak dapat cari cara mudah dan cepat untuk jahit baju. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya temui cara yang mudah dan cepat juga kemas tapi kena rajin untuk bahagian lubang lengan.
Kalau anda rasa anda takde alat-alat macam dalam website di atas, jangan risau anda masih boleh mendapat hasil jahitan yang memuaskan (bergantung pada skill jugak hehehe)
Ok. Caranya macam ni.
Setelah dijahit bahagian lengan dan tepi badan, hanya tinggal untuk cantumkan lubang lengan. Temukan kedua-dua garisan atas dan bawah. Penitikan bahagian bahu dan ketiak. *Hati-hati supaya bahagian sambungan ketiak tak lari. Pastikan lurus.
Sekarang, kita akan buat alat sendiri. Gulungkan tuala.
Imej diambil dari carian google. (Satu tuala cukup :-D)
Sekarang ambil kain yang kasar dan keras atau lebih tepat lagi, jarum tak mudah tembus dan gulungkan pada tuala macam ni...
(Kat bawah tu saya letak bantal supaya tinggi skit sebab saya buat kerja atas lantai sambil mengepit bantal tu dengan kaki hehehe)
Setelah itu, jelujur sikit bahagian sambungan ketiak dan check kat sebelah luar sama ada garisan yang berjahit tu selari atau tidak. Tanggalkan peniti kat bahagian ketiak, peniti kat bahagian bahu jangan tanggal.
Sekarang letakkan bahagian lubang lengan yang hendak dicantum kat atas gulungan tuala tadi. Kemudian pinkan di sebelah kanan dan di sebelah kiri supaya kain tetap. (Rujuk pin di kanan, pin di kiri tak nampak)
Pin di tengah tu adalah pin yang digunakan untuk peniti bahagian bahu tadi. Lepas dah jelujur boleh buka pin kat bahu tu.
Jelujur sampai habis... Jangan lupa jahit dengan mesin dan tanggalkan jelujur.
Sekarang saya akan terangkan apa logiknya kaedah yang saya guna ni.
1. Penitikan bahagian ketiak dan bahu. ---> Sebabnya, peniti dia bahagian ketiak adalah supaya jahitan kat luar tu selari, dan peniti di bahagian bahu adalah untuk membahagikan keseluruhan lubang lengan tu kepada dua. Bila kita dah jelujur sampai hampir ke tengah dan takde masalah pada bahagian pertama, maka InshaAllah bahagian sebelah lagi tu pun takde masalah.
2. Saya balutkan kain yang keras pada tuala ----> Kalau hanya menggunakan tuala, bila kita jelujur tuala tu akan terjahit sekali dan lecehlah setiap kali kena berhati-hati tengok atas bawah bila jelujur. Jadi kain yang keras atau lebih tepat lagi kain yang jarum susah tembus adalah untuk memudahkan kerja menjelujur supaya kain di bawah tak akan terjahit sekali.
InshaAllah, dengan izin Allah cara ni 100% berkesan. Saya tahu kalau anda tengok kemungkinan tak faham. Jadi, cuba buat dulu baru tahu apa yang saya maksudkan. Kalau ada soalan boleh tanya. InshaAllah kalau saya tahu saya jawab.
Sesiapa yang ada cara yang lebih baik daripada ni, boleh kongsi dengan saya. Sesiapa yang berjaya guna kaedah ni atau sesiapa yang ada soalan, sila tinggalkan komen.
** Sesiapa yang nak ambil nota dalam blog ni dan letak dalam blog/web, sila minta kebenaran saya, Solehah. Nota tersebut hendaklah di"link"kan kepada blog www.homesolehah.blogspot.com
34 comments:
Salam.
saya minta kebenaran untuk menyalin semua nota jahitan dari blog soleha untuk kegunaan sendiri.
terima kasih.
Zarina
selayang baru
to Zarina,
Salam,
Saya izinkan.
wahhh.. memang bersusah payah jugaklah kalau nak jelujur mcm ni... saya jahit terus jer guna machine sbb vitamin M banyak sgt hahaha.. yg penting cara potong lengan tuh kena betul.pastu masa cantumkan kena satu right side, satu wrong side.. mcm cantum seluar.
to mila@rimbun,
sebab tu saya kata vitamin R kena banyak.. hahaha. sy pun sebelum ni jahit terus je guna mesin tapi saya tak puas hati dengan hasilnya dan selalunya lepas tu kena tetas balik sebab ada je yang tak kena. So, cara macam ni adalah untuk mengelakkan buat kerja banyak kali.
salam,
saya minta izin utk gunakan nota-nota solehah. saya baru belajar-belajar menjahit baju kurung, pernah jahit baju anak guna ukuran baju sedia ada tapi tak berapa kemas. terima kasih atas ilmu yg sgt bermanfaat ini, semoga solehah sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
-mona-
salam... saya amat berminat dengan segala tunjuk aja menjahit di sini.. saya minta izin print nota ni ye.. saya sama gak macam yg lain,baru nak buat baju sndiri...notanya mudah difahami.. semoga terus sukses....
Salam,
Puan, saya nak ambil nota ini untuk kegunaan sendiri boleh? baru nak belajar menjahit (mesin pon belum ada lg...huhuhu)...
Nak tny, kalau nk menjahit, perlu ada mesin jahit tepi jugak ke? atau ada mesin jahit yg bole jahit biasa tu n jahit tepi sekali? bole cadang kt saya mesin apa yg sesuai?...sy teringin sgt2 nk menjahit sendiri...
Thanx ye puan!...
Assalamualaikum Solehah,
Saya baru belajar menjahit. Saya nak mintak izin download nota2 Solehah utk kegunaan dan rujukan sendiri. Terima kasih
Pos ni pasal nk selarikan cantuman di bahu ngan lengan,kn?biasanya saya just snip sikit mcm huruf v pada basi lipatan tgh bahu selepas gunting..jangan sampai masuk bahagian badan..snip(potongan kecil) hujung bahu bahagian badan dan snip juga pada hujung paling pangkal lengan bentuk v(sikit jer..xsampai habis basi..saya cantumkan berdasarkan hujung yg saya snip tu..stakat ni takde masalah cantuman bahu dan lengan tu lari or ape ke..k,just kongsi..
assalamualaikum kak.....
minta izin copy nota ya kak. bagus betul ni. baiknya hati kakak. murah rezeki kakak. love u.
assalamualaikum... sy minta izin kat solehah kerana saya ada amik nota2 solehah, buat panduan jahit baju. tima kasih bayk2, semoga soleheh sihat sejaktera, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaanNya...amin.
assalamualaikum... sy minta izin nak copy nota untuk rujukan saya, terima kasih semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan di rahmati allah selalu
assalamualaikum,
saya baru terjumpa blog solehah & minta izin utk print nota2 yg ada ni utk kegunaan sendiri. terima ksh & may god bless u always with your effort in sharing knowledge.
assalamualaikum,
saya minta izin dari solehah tuk guna nota jahitan sebagai panduan menjahit dan mengajar. semoga dengan keizinan ini saudari akan dilimpahkan rahmat olehNya.
anna,Johor
SALAM PUAN, SY MINTAK IZIN COPY NOTE PUAN UTK RUJUKAN SY... BR NAK BLAJAR MJAHIT.. :) THANKS
Kesemuanya diizinkan ambil nota
Assalamua'laikum, Solehah
Saya minta izin salin nota untuk kegunaan sendiri ye...Thanks so much,May Allah bless you always :)
salam, solehah.saya nak minta izin untuk print.kegunaan sendiri sahaja. tq.
salam...sy nk mnta izin amik nota utk jht sndiri... pas2,nk tnya akak solehah,lengan kena jht dulu ye?then baru cantumkn dgn badan ye?sbb 2 kata*lubang lengan kn?* sy ingtkn kena cntum bhgn bahu dlu,then baru jht bwh lgn n smbong bhgn bwh ketiak...
saya minta izin solehah untuk amik nota bt kegunaan sy sendiri.jazakallahukairan kasira.
salam solehah..
akak nak minta izin guna nota adik. thanks...cuma nak tanya, leh tak ajar camne nak tebuk lubang leher, dan nak wat kolar serta cara2 mencantumkan ke bahagian badan untuk baju melayu raihan.adakah sama caranya dengan buat baju melayu teluk belanga? thanks.
semoga allah sentiasa merahmati mu adik..
from : kak anne..
akak tq dengan semua ilmu yg akak share nie, sy mint aizin nak copy ye..terima kasih byk2 Moga Allah rahmati mu dan murah rezeki. dari Yatie.
Salam.
Saya mohon izin untuk mengambil semua npta jahitan solehah. Saya baru nak belajar jahit baju sendiri.
Terima Kasih.
wah.. Makasih Ya.. Semua Tips Anda Sangat Bermanfaat.. Aku Senag Berkunjung Ke Blog Ini.. Semoga Anda Mendapat pahala Yg Setimpal.. By Keysia..
sy minta izin utk menyalin nota cik solehah utk kegunaan sendiri.
terima kasih
Salam Solehah,
mohon keizinzan utk copy nota bagi kegunaan sendiri. Terima kasih.
As salam...saya nak minta izin copy nota2 yea...baru nak belajar menjahit....tima kasih...
As salam...blog yg bagus n nak minta izin copy nota2 di sini ye..pernah jahit satu ketika dulu tp dah byk lupa...blog Soleha banyak membantu...terima kasih, semuga Allah sentiasa memberi balasan yang baik buat Soleha atas perkongsian ilmu ini...
Aslmlkm soleha.... saya nk minta izin untuk copy nota jahitan..nota yang bagus dan membantu saya yang baru belajar menjahit nie... time kasih yerk...
Salam... akak mohon copy notanye... terima kasih semoga Allah murahkan rezeki kak soleha.
minta izin nota utk guna sendiri sis. terima kasih
assalamualaikum,
saya minta izin ambil nota untuk tambah pengetahuan ya Kak Solehah...
Assalamualaikum. .sy nk mintak izin amik nota jahitan cik ye.. mudah2an Allah murahkan rezeki coz sudi kongsi ilmu..tqvm
assalam...
mintak izin copy nota jahit ni ye. aminnnnn murah rezeki ...tq
Post a Comment