Menjahit/mencantum lubang lengan.
Assalamualaikum,
Ramai akak-akak yang bertanya kat saya "Solehah, macam mana nak cantum lubang lengan? kalau akak cantum mesti terlebih, pastu kena potong."
Siapa yang menjahit baju blouse, jubah, kebaya dan lain-lain mesti tahu kesusahan untuk memadankan lubang lengan.
Ok, say no more. Sekarang saya akan bagitau cara saya mencantumkan lubang lengan. Saya tak tahu orang lain pakai kaedah apa. Lebih kelakar lagi, saya tak tahu pun alatan-alatan ni wujud,
rujuk sini ---> http://library.thinkquest.org/05aug/01403/tools_p.html
Tapi, walaupun saya tak tahu menahu tentang segala alatan tu (kecuali seterika) dan cara menggunakannya, Alhamdulillah jadi jugak baju yang saya jahit menggunakan kaedah "tradisional" :-D
Waktu saya belajar menjahit dulu, saya tak di ajar apa kaedah yang digunakan untuk mencantumkan lubang lengan. Saya disuruh peniti dan jelujur cantuman tu. So i guess, ini je la kaedahnya dan saya berpendapat sama macam akak-akak yang bertanya.
Rasa terseksa lah jugak bila tak dapat cari cara mudah dan cepat untuk jahit baju. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya temui cara yang mudah dan cepat juga kemas tapi kena rajin untuk bahagian lubang lengan.
Kalau anda rasa anda takde alat-alat macam dalam website di atas, jangan risau anda masih boleh mendapat hasil jahitan yang memuaskan (bergantung pada skill jugak hehehe)
Ok. Caranya macam ni.
Setelah dijahit bahagian lengan dan tepi badan, hanya tinggal untuk cantumkan lubang lengan. Temukan kedua-dua garisan atas dan bawah. Penitikan bahagian bahu dan ketiak. *Hati-hati supaya bahagian sambungan ketiak tak lari. Pastikan lurus.
Sekarang, kita akan buat alat sendiri. Gulungkan tuala.
Imej diambil dari carian google. (Satu tuala cukup :-D)
Sekarang ambil kain yang kasar dan keras atau lebih tepat lagi, jarum tak mudah tembus dan gulungkan pada tuala macam ni...
(Kat bawah tu saya letak bantal supaya tinggi skit sebab saya buat kerja atas lantai sambil mengepit bantal tu dengan kaki hehehe)
Setelah itu, jelujur sikit bahagian sambungan ketiak dan check kat sebelah luar sama ada garisan yang berjahit tu selari atau tidak. Tanggalkan peniti kat bahagian ketiak, peniti kat bahagian bahu jangan tanggal.
Sekarang letakkan bahagian lubang lengan yang hendak dicantum kat atas gulungan tuala tadi. Kemudian pinkan di sebelah kanan dan di sebelah kiri supaya kain tetap. (Rujuk pin di kanan, pin di kiri tak nampak)
Pin di tengah tu adalah pin yang digunakan untuk peniti bahagian bahu tadi. Lepas dah jelujur boleh buka pin kat bahu tu.
Jelujur sampai habis... Jangan lupa jahit dengan mesin dan tanggalkan jelujur.
Sekarang saya akan terangkan apa logiknya kaedah yang saya guna ni.
1. Penitikan bahagian ketiak dan bahu. ---> Sebabnya, peniti dia bahagian ketiak adalah supaya jahitan kat luar tu selari, dan peniti di bahagian bahu adalah untuk membahagikan keseluruhan lubang lengan tu kepada dua. Bila kita dah jelujur sampai hampir ke tengah dan takde masalah pada bahagian pertama, maka InshaAllah bahagian sebelah lagi tu pun takde masalah.
2. Saya balutkan kain yang keras pada tuala ----> Kalau hanya menggunakan tuala, bila kita jelujur tuala tu akan terjahit sekali dan lecehlah setiap kali kena berhati-hati tengok atas bawah bila jelujur. Jadi kain yang keras atau lebih tepat lagi kain yang jarum susah tembus adalah untuk memudahkan kerja menjelujur supaya kain di bawah tak akan terjahit sekali.
InshaAllah, dengan izin Allah cara ni 100% berkesan. Saya tahu kalau anda tengok kemungkinan tak faham. Jadi, cuba buat dulu baru tahu apa yang saya maksudkan. Kalau ada soalan boleh tanya. InshaAllah kalau saya tahu saya jawab.
Sesiapa yang ada cara yang lebih baik daripada ni, boleh kongsi dengan saya. Sesiapa yang berjaya guna kaedah ni atau sesiapa yang ada soalan, sila tinggalkan komen.
** Sesiapa yang nak ambil nota dalam blog ni dan letak dalam blog/web, sila minta kebenaran saya, Solehah. Nota tersebut hendaklah di"link"kan kepada blog www.homesolehah.blogspot.com