Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 20, 2010

Modem baru

Assalamualaikum


Sejak lebih sebulan lalu, internet di rumah kami mengalami masalah. Apa masalahnya? Masalahnya, line asyik disconnect dgn sendirinya everytime. So, i was like uurrghhh! Sabar je lah...
Mula-mula, saya ingat problem ni sebab kerja-kerja penyelenggaraan Telekom, so saya sabar jelah untuk beberapa tempoh. Tapi, dah lama sangat ni mulalah naik angin. Pastu, saya mintak Kak Ngah telefon Streamyx dan buat laporan. Semalam technician datang pastu tengok-tengok, dia kata soket telefon ni rosak. Oleh sebab semalam soket yang berfungsi yang dimaksudkan takde dalam simpanan technician tersebut maka hari ni dia datang lagi. So, beliau tukar soket yg dimaksudkan tapi masih sama, takde beza daripada sebelum ni. Disebabkan itu, beliau kelihatan buntu. "Apalah masalah internet orang ni?" fikirnya. Beliau pun cuba tukar modem dan masalah selesai. ALHAMDULILLAH. Kebuntuan telah berakhir. Kegusaran telah hilang. Kekaburan telah jelas. Kebahagiaan bersinar kembali. :-D

Saya pun bertanya kepada technician tersebut. "Pada pendapat encik, apakah yang menyebabkan kerosakan modem ini?"
Encik itu menjawab, "Oh, selalunya disebabkan kilat. Modem ni kira tahan la jugak. Kalau modem wireless lagi senang kena sambar kilat".
Saya kata, "Tapi encik, bila time hujan kami cabut plak modem"
Encik tanya, "Kabel cabut tak?"
Saya jawab, "Owh, tak, saya tak teringat pulak pasal tu".

Encik itu berkata lagi, kat kawasan ni memang banyak kilat. (Adakah ini bermaksud kawasan ini banyak syaiton?)

So, lepas ni nampaknya kena jadi super rajin cabut plak dan kabel time hujan.

So, now here i am, typing while downloading something using ELEPHANT :-p using a new modem.

Ni modem lama..



Ni modem baru..



Image : Google search

Gotta go..

Saturday, May 15, 2010

Rumusan Kursus Gubahan Pengantin

Assalamualaikum,


Kelas hari ni merupakan kelas terakhir untuk Kursus Gubahan Pengantin. Kesemuanya ada empat kelas, tapi saya sempat bercerita mengenai hari pertama sahaja. Hari kedua dan ketiga saya tak sempat nak cerita. Tapi kat sini, saya akan gabungkan cerita tentang apa yang saya belajar sepanjang empat hari kursus.

Hari pertama, saya belajar buat bunga dip. Bagi yang tak tau tentang cerita ni boleh rujuk sini. Ini hasil untuk kelas pertama.



Hari kedua pulak, saya buat gubahan bunga dan gula-gula dalam bakul kecil yang direka sendiri. Bahan-bahan utama untuk projek ni hanyalah menggunakan bahan buangan dan dikitar semula menjadi gubahan. Kalau nak tahu bahan apa yang digunakan, boleh email saya. Saya tak ambil gambar untuk cara membuat gubahan ni. Gubahan ni paling rumit dan paling banyak kerja di antara sekalian gubahan yang lain. Inilah hasil kerja untuk kelas kedua.





OK. Sekarang kita akan pergi ke projek hari ketiga iaitu gubahan buah-buahan. Buah-buahannya buat sendiri. Bahan utama untuk projek kali ini juga menggunakan bahan-bahan terbuang dan dikitar semula menjadi gubahan buah-buahan. Check it out!



Tahu macammana jadi macam ni? Haaa.. kalau nak tahu kena pergi kelas :-P
Siapa kenal bahan warna merah ni? Kalau siapa kenal dan nak buat boleh dapat free je. Kat dalam tu garam dibalut dengan plastik. Lilit dengan dawai dan jadikan tangkai.


Pastu lilit tangkai guna pelilit hijau..


Dah jadi Strawberri....

Pastu saya nak tambah buah-buahan lain dalam gubahan. Maka, saya buat anggur dan blueberry pulak.



Nak tengok hasilnya tak?? Ni lah hasilnya.. tadaaaaa!!!


What do you think? Nampak macam strawberry betul kan?

Ni Cikgu Sariah punya..






OK. Apa pulak yang berlaku hari ni? Iaitu hari keempat dan juga terakhir? Hari ni kami belajar buat gubahan telekung. Cikgu Sariah secara formalnya tunjuk cara buat 2 jenis gubahan telekung iaitu gubahan bunga dan gubahan buah berserta lipatan. Secara tak formalnya, cikgu tunjuk cara gubahan cendawan dan bunga ros. Saya buat jenis gubahan bunga. Inilah hasilnya. tadaaaaa!


Ni telekung tau...

Bersempena hari terakhir, kami semua siapkan semua gubahan cantik-cantik dan tayang masing-masing punya hasil. Kami semua dapat hamper yang dikongsi bersama untuk setiap kumpulan dan guess what? dapat sijil jugak. Cikgu Sariah telah memilih peserta terbaik kerana beliau kreatif dan inovatif dan yang pastinya bukan saya yang terpilih :-) Anyway, kalian jangan sedih kerana saya tak terpilih. Jom kita layan gambar-gambar ni. PESTA GUBAHAN PENGANTIN BERMULA!

Dimulakan dengan hasil kerja saya, inilah himpunan gubahan yang saya hasilkan..









Yang kat bawah ni kak ngah punya koleksi..







Yang ni pulak Kak Yong punya...




Gubahan telekung ni jenis buah dan lipatan.


Kat bawah ni pulak hasil gubahan untuk setiap meja.



Ni meja kami tiga beradik..




Ni meja group rakan sepejabat yang muda-muda...



Ni meja group pertengahan "matang"


Meja ni group "matang"


Dan ini... sijil penyertaan..

Terima kasih kepada penganjur Kak Yah dan Puan Normala kerana menganjurkan kursus ini dan terima kasih untuk makanan yang sedap dan free :-) Terima kasih yang teramat kat Cikgu Sariah sebab sudi mengajar kami dengan penuh kesabaran dan tabah menjawab soalan saya yang bertalu-talu.. :-) Siapa yang nak belajar dengan Cikgu Sariah boleh pergi ke KEMAS Taman Perpaduan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. I will miss you all.

Esok ada kursus lagi... tapi kursus lain. Mungkin saya akan post kat blog, mungkin tidak. Wish me luck!

Sekian.

Friday, May 14, 2010

PENGUMUMAN



Assalamualaikum,

Ada yang bertanya kepada saya macammana nak menyertai kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Kepada
Kak No, saya jawab soalan kat sini je le ye.. Kalau Kak No dan kalian semua orang perak, boleh pergi ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dan ambil borang untuk kursus. Ataupun call kompleks dan tanya pasal kursus yang dianjurkan. Tapi masih kena pergi ke Kompleks untuk ambil borang hehehe. Setakat ni, kursus manik, gubahan hantaran pengantin, rawatan kesihatan wanita memang dah tak boleh masuk sebab borang untuk kursus-kursus ni dah dihantar awal-awal oleh peserta kursus dan kursus-kursus ini sedang dijalankan. TAPI, ada kursus yang masih terbuka untuk hantar borang penyertaan iaitu Kursus Anyaman Saji Mengkuang dan lagi satu kursus which is rahsia :-D. Kalau nak tahu kursus apa yang rahsia tu, boleh siasat sendiri. Kalau saya bagitau kat sini mungkin ramai yang serbu. Tarikh tutup untuk hantar borang Kursus Anyaman Saji dan Kursus RAHSIA ke Jabatan Belia dan Sukan adalah pada 12 Jun 2010. Kedua-dua kursus ni bukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan sepenuhnya tapi kursus ini adalah kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan dan syarikat lain. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20 untuk setiap satu kursus. Peralatan dan bahan boleh dibeli dengan penganjur. Kursus ni untuk 60 peserta terawal sahaja. Cepat cepat cepat. Kedua-dua kursus ni akan diadakan di Medan Gopeng bukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.

Para belia digalakkan menyertai Kursus Anyaman Saji kerana kemahiran ini hampir pupus dan tujuan mereka membuat kursus sebegini supaya generasi pelapis dapat mewarisi ilmu dan kemahiran ini supaya warisan ini kekal sampai bila-bila.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak,

Tingkat 1, Bangunan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh,
Perak darul Ridzuan
Tel : 05-5489500 Faks : 05-5489504
Portal Rasmi : www.jbsperak.gov.my
E-mel : jbsprk@tm.net.my


Setakat ni, ini sahaja senarai kursus yang dalam pengetahuan saya. Mungkin selepas dua kursus ni, dah takde kursus dah untuk tahun ni. Jadi, jangan putus asa. Kalau panjang umur, cuba lagi tahun depan. GRAB THE CHANCE WHILE YOU STILL CAN!

GOOD LUCK!

P.S : Kalau jumpa saya kat kursus, jangan lupa tegur :-)

Saturday, May 01, 2010

Kursus Gubahan Pengantin - Hari Pertama (Bunga Dip)

Assalamualaikum,

Saya baru balik dari kursus gubahan hantaran pengantin kat Kompleks Belia dan Sukan. Ada 4 kelas kesemuanya. Bahan dan makanan disediakan. Kepada yang teringin nak pergi, dah terlambat. Cuba tahun depan sebab tahun ni Kursus Gubahan Hantaran Pengantin dah cukup orang. Tahun depan mungkin ada kekosongan sebab saya takde kat sini. hehehe. Kalau saya ada, semua kursus kat KOMBES tu saya nak bolot. Kenapa? Sebabnya :

1. Murah(paling mahalpun kena bayar RM10) dan free kadang-kadang
2. Tak dapat kat tempat lain.
3. Tarikh kursus adalah pada hari cuti.
4. Macam-macam kursus ada.

Oklah. Saya nak tunjuk apa yang saya belajar hari ni. Hari ni kami belajar buat bunga "dip" (ye ke eja camni?)


Ini bahan-bahan yang disediakan oleh cikgu. Dawai, Kain untuk riben, Kain net.
Alat-alat yang peserta perlu bawa adalah playar, gunting, gam uhu. Bahan yang lain telah disediakan.

Mula-mula, kami kena ambik dawai dan buat bentuk macam ni ikut saiz penutup botol.


Ni untuk bunga. Bentuk ikut kreativiti masing-masing.


Buat banyak-banyak untuk kelopak bunga dan daun.

Pastu, kena celup kat dalam cecair ni. Waktu celup kena hati-hati, teliti dan perlahan sebab kalau tak sabar dan gopoh mungkin akan ada lubang ataupun jadi tak cantik sebab cecair tu tak sekata.




Untuk bunga.


Untuk daun.




Celup banyak-banyak sampai cukup untuk buat gubahan bunga.

Step seterusnya, lilit benda kat bawah ni. Lilit daun satu persatu. Kemudian baru gabungkan dengan benda kat bawah ni. Lilit juga benda yang gold kat bawah ni dengan kelopak-kelopak bunga dan membentuk satu kuntuman bunga.


Lilit-lilit...


Lilit jugak satu persatu daun sebelum sambung dengan tangkai.

Kat bawah ni gambar setelah daun disatukan dengan tangkai dan kelopak bunga disatukan menjadi kuntuman. (kagum tak tengok daun-daun yang berlingkar-lingkar tu?) hehehe. Nak tahu macam mana saya buat bentuk daun macam tu? Adalah... :-P





Bunga Ros. Bunga warna kuning tu takde kena-mengena.

Satukan bunga, daun, riben, kain net, dan stand. Ini hasilnya... tadaaaaa!


Cantik kan? Berbakat rupanya saya ni..(hahaha angkat bakul sendiri) Sebelah kiri adalah bunga rose dan sebelah kanan adalah bunga raya. Jangan lupa bubuh telur.

Tau tak harga gubahan macam ni? Jangan terkejut.. harganya RM17 untuk satu. Wuhuuu! Kalau orang tempah 50 pieces? atau 100? Kayee lah kau... (kata Ehsan, watak dalam upin ipin) Memanglah harganya macam ni... Bahan je dah mahal. Belum lagi proses nak buatnya yang merumitkan. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri.

Gubahan-gubahan kat bawah ni pulak di hasilkan oleh cikgu yang mengajar kami iaitu Cikgu Sariah, Cikgu KEMAS Taman Perpaduan.












Esok ada kelas lagi. Peserta kena bawa botol 100 Plus. Bersambung..

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP