Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 02, 2010

Cabaran Jus Mate 5 telah bermula!



Assalamualaikum! (baca dengan nada yang bersemangat)

Dengan ini saya mengishtiharkan bahawa Cabaran Melangsingkan Badan Dengan Jus Mate 5 telah bermula semalam 1 February 2010. Oh ye lupa. Ni cabaran untuk diri saya sendiri. Semalam saya dah mula minum Jus Mate 5. Tapi Solehah.. kenapa baru start semalam? Oh, itu kerana faktor-faktor berikut:

  1. Saya baru berkemampuan beli Jus Mate 5.
  2. Sebelum saya minum Jus Mate 5 semalam, saya dah boleh control diri supaya tak makan macam naga sebab saya dah mula diet beberapa minggu yang lalu tanpa Jus Mate 5.
  3. Sistem badan saya dah biasa dgn kuantiti makanan yang sikit setelah berdiet (sebab perut makin kecik.. ye ke? agaknyalah)
  4. Kononnya saya ingat nak berdiet tanpa sebarang produk tapi dah beberapa minggu masih tak turun rasa macam rugi pulak sebab sy dah mula serius berdiet. Tak boleh jadi ni, kena minum Jus Mate 5 jugak..
  5. Kali ni saya sangat serius berdiet dan mengikut diet yang disarankan oleh Dr. Rozmey.
  6. Saya terbakar bila baca cerita kat bawah ni!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Percaya atau tidak, lydiawani turun 56kilogram dalam masa 20 minggu sahaja.
Tapi itu lah realiti yang berlaku kepada Lydiawani Ezrina Masakhoh, 23, seorang pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Lydiawani yang berasal dari Sungai Petani, beliau mula mengambil Jus Diet Mate 5 (JDM5) pada Sept tahun lalu dan mula mengalami penurunan berat badan selepas beberapa minggu.
“Selepas lapan minggu berat badan saya turun sebanyak 35 kg menjadikan berat saya 70 kg…saya sangat gembira dengan perubahan itu, langsung tak sangka JDM5 dapat menurunkan berat badan saya dengan cepat.
“Selain itu saya juga mengambil inisiatif sendiri dengan berjalan kaki dari kolej ke fakulti…saya rasa bertenaga walaupun berjalan kaki setiap hari, sebelum minum JDM5 saya tak larat nak jalan kaki dan selalu naik bas ke fakulti,” kata beliau yang sedang menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di Sungai Petani.

Bagaimanapun pada Januari lalu beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengambil JDM5 atas faktor kewangan kerana terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membiayai pengajiannya di tahun akhir.
Bila saya berhenti ambil JDM5, saya ingatkan berat badan saya akan naik tapi sangkaan saya meleset…berat badan saya terus turun setiap minggu sehinggalah kepada 49 kg pada bulan Mac lalu." -----------> (Solehah: Kan betul cakap saya)
“ Ya Allah macam tak percaya ja yang jus ini mampu membantu mencapai impian saya sejak kecil…cita-cita saya nak jadi peguam dan kurus tercapai dalam masa yang sama,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada DR. Rozmey kerana mencipta JDM5.

Perubahan itu membuatkan rakan-rakan yang mengenalinya tidak dapat mengecam beliau selepas cuti semester.
“Mereka mesti akan kata kepada saya…biar betul Lydia ke ni, kurusnya.Masa itulah saat paling mengembirakan saya dan saya terus memberitahu mereka yang saya menggunakan produk Dr.Rozmey,,” tambah Lydiawani.

Sementara itu, Pengarah Urusan HPM Dr. Che Rozmey Che Din berkata kejayaan Lydiawani menurunkan berat badan adalah hasil bantuan JDM5 ciptaan beliau yang ternyata selamat dan berkesan.

Katanya hasil kajian beliau selama 15 tahun dalam bio-herb jelas sekali berbaloi untuk digunakan oleh semua pengguna dari seluruh negara.
“Produk ciptaan saya bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi pengguna juga dapat merasa kesannya iaitu lebih bertenaga dan sihat tanpa kesan sampingan kerana produk saya langsung tidak mempunya bahan kimia,” kata beliau.

Lydiawani


Siap jadi cover magazine


Ini testimoni Jus Mate 5 yang paling membuatkan saya terbakar. What?! 49kg? lagi ringan daripada saya? Oh no! This is SO UNBELIEVABLE.

Tak boleh jadi ni. Ok. Saya akan minum Jus Mate 5 dalam tempoh 2 bulan. Pastu tengok dulu macam mana... sama ada nak minum lagi atau berhenti. Yang penting tiada kegemukan semula setelah berhenti minum jdm5 InshaAllah.

Saya juga mencabar diri saya untuk update hasil cabaran Jus Mate 5 dalam blog ni supaya saya tak main-main kerana saya tahu pengunjung blog ni pasti akan menantikan hasilnya. This is my word.
Dan saya juga mencabar diri saya untuk memberitahu berat saya yang sebenar dalam blog ni setelah saya berjaya mencapai berat idaman. No more Y kg!

Pengunjung Homesolehah : Sebatang Jarum Emas yang dihormati. Sekiranya saya terlupa update Cabaran Jus Mate 5 dalam tempoh sebulan tolong ingatkan saya. Saya mahu serius dan pastikan pelaburan saya berbaloi.

Akhir kata, kalau ada sesiapa yang nak mencabar dirinya sendiri dengan Jus Mate 5, boleh beli kat saya. (sambil menyelam minum ayor haha)

InshaAllah, saya boleh. :-)

0 comments:

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP