Related Posts with Thumbnails

Thursday, February 11, 2010

Bio Asli.. Apa tu??



Assalamualaikum,


Hari ni saya nak cerita pasal produk Bio Asli yang saya guna.. yang saya tak guna saya tak tahu. Ok. First of all, mak adalah dealer produk Bio Asli. Mak bukannya pernah jadi dealer mana-mana produk sebab bukan bidang mak. Tapi, atas pujukan rakan yang suruh mak beli produk ni.. mak malas nak pening-pening lalu mak pun beli satu set dan automatik jadi dealer.

Setelah pulang ke rumah, mak tunjukkan produk ni kat anak-anak maka kami pun gelak sakan sebab mak sangat comel. Hahaha. Maka kami pun membelek-belek produk yang mak beli. Boleh tahan jugak packaging nye. Tapi produknye bagus ke tak, tak tahulah.

Bio Asli juga juga mempunyai sistem MLM (multi level marketing) but seriously saya tak minat dengan MLM. Bagi saya, saya lebih mementingkan pemasaran produk daripada mencanangkan sistem MLM. Maka, dengan itu, produk itu mestilah bagus dan saya mestilah berpuas hati dengan produk itu barulah saya yakin untuk jual kepada orang. Kalau saya sendiri rasa produk tu tak bagus, saya akan teragak-agak untuk jual kepada orang dan apatah lagi suruh orang jadi downline saya.

Ok. Kembali kepada produk Bio Asli tadi. Mak telah membeli satu set yang terdiri daripada (klik gambar untuk beli):

Ni tonik rambut untuk lelaki, tapi saya lebih suka pakai yang ni daripada perempuan punya sebab yang ni lebih pekat. Seriously, wangiiiii sangatt! Abang (my biological brother) pun suka pakai yang ni, sebab dia kata tak berminyak, rasa ringan, wangi... Memang hensemlah pakai tonik ni.

Losyen ni, sooooo coool!! Saya mengaku saya tak suka pakai losyen sebab ada losyen yang melekit pastu saya susah nak istiqamah benda yang kena sapu-sapu kat badan ni. Tapi yang ni saya baru je pakai malam semalam. and the result? WOW! pakai sekali je kesan dah menakjubkan. Kulit makin cerah, lembut, dan lembap. Serious. Menyerap di permukaan kulit, tak melekit pulak tu. This is phenomenal! Nampaknya i will stick to this lotion. Harapnya boleh istiqamah. Insha Allah.


Tonik Rambut perempuan ni, wangi sangattt. tak berminyak, tak melekit, ringan. Lepas pakai rasa macam puteri... hehehe rambut selembut sutera.


Haaa... yang ni best jugak. Kenapa best? Boleh sapu kat rambut, kat badan, minum pun boleh. Sangat multi-purpose.


Yang ni saya minum jugak. Minyak kelapa dara dah bagus.. tambah pulak dengan Habbatus sauda lagilah bagus. 2 in 1. Baik untuk kesihatan. InshaAllah.

Saya bagi 5 BINTANG untuk produk-produk Bio Asli ni.

Kebanyakan produk Bio Asli diasaskan daripada minyak kelapa dara. Produk-produk yang saya gunakan ni memang bagus. Nasib baiklah mak "terpaksa" beli produk yang bagus. Kalau tak bagus... hmmm entahlah. burn je lah kot duit tu. Anyway, sesiapa yang berminat nak beli produk-produk di atas sila klik gambar atau produk Bio Asli yang lain boleh pergi sini http://www.blogbioasli.com/bibik1904/ (Promosi untuk mak)

Ok. Saya akui sekiranya kalian masuk website rasmi BioAsli, kalian akan nampak perkataan jutawan, kaya dan seangkatan dengannya, jangan takut kerana produknya bagus cuma mereka terlupa nak mencanangkan produk berbanding jadi jutawan. Maka, kalau tak selesa begitu.. beli produk je. Oh ye, sebelum masuk website rasmi Bio Asli jangan lupa pasang speaker kuat-kuat. Hahaha. Kalian akan faham apa yang saya maksudkan :-p

0 comments:

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP