Pertama
Assalamualaikum,
Sengaja nak merasmikan post yang pertama untuk tahun 2010. Saya takde apa sangat nak tulis. Tahun lepas banyak projek yang saya rancangkan tergendala. Tahun ni InshaAllah saya nak melaksanakan projek-projek tahun lepas. Banyak yang saya rancangkan dalam kepala ni, contohnya, jubah, kebaya, blouse victorian fashion (oh wow), pesak gantung, kurung moden, dan lain-lain lagi. Banyak kan? Saya nak cuba gunakan kain yang ada untuk jadikan satu baju yang menarik. Dan untuk lebih tidak membazir lagi, saya nak gunakan kain perca yang dicantum-cantum untuk dijadikan baju yang menawan. Fuhh.. banyak perancangan ni.. dah lama jugak tak buat projek baru. Harap-harap saya dapat mengumpulkan kekuatan diri dan meningkatkan kerajinan diri untuk menyiapkan projek-projek saya. Semoga emosi saya stabil dan ada mood untuk menjahit (boleh plak camtu..).
Kepada semua yang ikut tutorial saya dan berjaya mendapat hasil yang membanggakan diri sendiri.. saya ucapkan tahniah dan belajar lagi yang lain.. kepada yang tak berjaya usaha lagi dan jangan putus asa. Anda ada bakat yang terpendam, serlahkan bakat anda.
Sebenarnya saya tak tau pun sy ada bakat menjahit. Ingat dulu waktu form 1, kena jahit sarung bantal dalam projek kemahiran hidup.. aaaaah tak sukaaanya! Pastu waktu form 2, kena baju kurung kedah.. aaaah tak sukaaa jugak! dahlah kena jahit mata lalat kat leher. Pastu malam hari nak submit baju tu, mulalah kelam kabut suruh mak ajar jahit mata lalat. Malam tu mak ajar, esoknya dah lupa pastu tak tau nak sambung jahit macammana. Akhirnya siap jugak mata lalat tu di atas tunjuk ajar Jamaliah tapi dia ajar lain cara daripada yg mak ajar. walaupun tak berapa cantik (memang tak cantik) asalkan siap. Bila baju tu dah siap, barulah rasa macam hensem sebab muda-muda lagi dah dapat siapkan sehelai baju :D Masa ni, saya tak pernah terfikir atau terbayang yang saya tahu menjahit satu hari nanti sebab saya rasa menjahit is soooo boring. Tapi, Alhamdulillah sekarang saya boleh menjahit mungkin juga kerana saya mewarisi bakat mak. Terima kasih mak sebab ada gen yang pandai menjahit ;P
Kesimpulannye di sini, carilah bakat menjahit anda, jahit dan tingkatkan skill dengan memperbanyakkan menjahit.
0 comments:
Post a Comment