Related Posts with Thumbnails

Friday, January 29, 2010

My Jojo's Fashion Show

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak game Jojo's Fashion Show?


Klik gambar untuk download game.

From Japan to Barcelona, racks full of vibrant clothes and lifelike models await in Jojo's Fashion Show: World Tour. Mother and daughter designers, Jojo and Rosalind Cruz, have finally earned a name in the fashion world. Now Ros is leaving the nest to pursue her own dreams and Jojo must find a replacement in this fast-paced Time Management game. As backstage drama unravels, Jojo quickly discovers that fair-weather friends and ruthless enemies are closer than she ever suspected!

  • Fast-paced gameplay
  • Gorgeous fashions
  • Travel across the globe!

Ok. Saya mengaku saya main game ni sebab saya suka fesyen. Yang paling best, bila baju yang saya reka dapat markah tinggi. Baju apa yang saya reka? Ni diantaranya...

Royal Casual, KimonoKrazy, Jakarta Street, Barcelona Street,


SF Street, London Street












Akhirnya.. setelah habis keliling satu dunia dengan Fashion Show, ini markah yang tertinggi untuk pakaian yang saya reka..




Wuhuu! Dah habis main game ni. Saya bagi 4 1/2 bintang. Ada sesiapa pernah main game ni? Nak share markah? :-P

Friday, January 22, 2010

Jus Mate 5.. apa yang hebatnya?



Assalamualaikum...

Perasan tak sejak kebelakangan ni Jus Mate 5 sangat hangat diperkatakan oleh media, mak-mak, pak-pak, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, nek? Seolah-olah ia adalah satu fenomena yang sangat dasyat yang semua orang mesti kagum. Tapi, hebat sangat ke Jus Mate 5 ni sampai semua orang kagum sangat dengannya? Ada sesiapa tahu kenapa? Ada sesiapa pernah cuba?

Ok. Terus terang saya cakap, saya pernah cuba sebelum ni. Melalui pengalaman saya sendiri... Berat badan saya daripada Y kg turun kepada (Y-4) kg (hahaha, mana boleh bagitau berat saya kat sini :-P). Penurunan sebanyak 4 kg dalam masa, erm.. x berapa ingat.. 2 minggu je kot.. itu pun saya diet main-main. Waktu tu kononnya nak ber"diet", tapi tahan beberapa hari je jaga makannya.. hmm. Lepas tu makan ikut suka hati, memanglah turun sikit je. Apalah.. Tapi yang saya kagum, walaupun saya diet main-main boleh pulak turun 4 kg. Bagaimana ia boleh berlaku? Macammana ia melawan makanan yang sangat banyak yang masuk dalam perut saya? hmmm interesting.

Saya tengok fungsi Jus Mate 5 ni.. dia kata, tiada kegemukan semula! Oh wow! really? tapi memang betul, lepas saya berhenti amalkan Jus Mate 5 (sebab tak cukup bajet) saya makan banyak.. banyak sangat (tak bangga pun). Tak taulah dalam sekali makan berapa banyak kalori yang saya telan T_T dan lepas tu berat saya tak melepasi Y kg. Makan macam naga pun tetap tak melepasi Y kg. Seolah-olah Y kg tu adalah berat yang paling maksimum saya boleh capai. Menarik kan?

Ok. Sekarang ni, saya dah insaf balik. Saya nak diet. Harap-harap kali ni bukan hangat-hangat tahi ayam. Perkara yang sedang bermain dalam fikiran saya sekarang adalah nak minum Jus Mate 5 tapi... haih.. tunggu bajet. Sebab tu lah tiba-tiba terfikir nak tulis pasal ni. Rasa macam nak menyesal pun ada sebab dulu tak amalkan betul-betul Jus Mate 5 ni tapi tak baik pulak. kan? Kalau kak Bai kat bawah ni dengan izin Allah yang berat dia dulu 208kg, pastu turun 108 kg, dan sekarang tak tau berapa kg(katanya nak turun sampai 65 kg) boleh buat.. takkan saya tak boleh kan? betul tak?

Fikirkan boleh! Jom kita usaha sama-sama. Kita bertanding, siapa yang dapat turun paling banyak kg. Ada sesiapa nak sahut cabaran?

Dulu saya beli Jus Mate 5, terus daftar sebagai ahli. Jadi , sesiapa yang nak beli Jus Mate 5 boleh hubungi saya melalui cbox.

Saturday, January 09, 2010

Pertama


Assalamualaikum,

Sengaja nak merasmikan post yang pertama untuk tahun 2010. Saya takde apa sangat nak tulis. Tahun lepas banyak projek yang saya rancangkan tergendala. Tahun ni InshaAllah saya nak melaksanakan projek-projek tahun lepas. Banyak yang saya rancangkan dalam kepala ni, contohnya, jubah, kebaya, blouse victorian fashion (oh wow), pesak gantung, kurung moden, dan lain-lain lagi. Banyak kan? Saya nak cuba gunakan kain yang ada untuk jadikan satu baju yang menarik. Dan untuk lebih tidak membazir lagi, saya nak gunakan kain perca yang dicantum-cantum untuk dijadikan baju yang menawan. Fuhh.. banyak perancangan ni.. dah lama jugak tak buat projek baru. Harap-harap saya dapat mengumpulkan kekuatan diri dan meningkatkan kerajinan diri untuk menyiapkan projek-projek saya. Semoga emosi saya stabil dan ada mood untuk menjahit (boleh plak camtu..).

Kepada semua yang ikut tutorial saya dan berjaya mendapat hasil yang membanggakan diri sendiri.. saya ucapkan tahniah dan belajar lagi yang lain.. kepada yang tak berjaya usaha lagi dan jangan putus asa. Anda ada bakat yang terpendam, serlahkan bakat anda.

Sebenarnya saya tak tau pun sy ada bakat menjahit. Ingat dulu waktu form 1, kena jahit sarung bantal dalam projek kemahiran hidup.. aaaaah tak sukaaanya! Pastu waktu form 2, kena baju kurung kedah.. aaaah tak sukaaa jugak! dahlah kena jahit mata lalat kat leher. Pastu malam hari nak submit baju tu, mulalah kelam kabut suruh mak ajar jahit mata lalat. Malam tu mak ajar, esoknya dah lupa pastu tak tau nak sambung jahit macammana. Akhirnya siap jugak mata lalat tu di atas tunjuk ajar Jamaliah tapi dia ajar lain cara daripada yg mak ajar. walaupun tak berapa cantik (memang tak cantik) asalkan siap. Bila baju tu dah siap, barulah rasa macam hensem sebab muda-muda lagi dah dapat siapkan sehelai baju :D Masa ni, saya tak pernah terfikir atau terbayang yang saya tahu menjahit satu hari nanti sebab saya rasa menjahit is soooo boring. Tapi, Alhamdulillah sekarang saya boleh menjahit mungkin juga kerana saya mewarisi bakat mak. Terima kasih mak sebab ada gen yang pandai menjahit ;P

Kesimpulannye di sini, carilah bakat menjahit anda, jahit dan tingkatkan skill dengan memperbanyakkan menjahit.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP