Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 21, 2012

Mana lagi untung?

Assalamualaikum,


source : google search

Sebelum ni saya ambil upah jahit baju kurung. Saya caj RM25 sepasang termasuk mata lalat. Dalam tahun 2009-2010.. Saya juga alter baju orang.

Potong kaki kain - RM4
Potong tangan - RM3
Jahit Leher sahaja - RM5
Pasang Zip - RM5
Alter pinggang kain - RM5

Bayangkan sepasang baju kurung yang susah payah nak jahit saya caj RM25. Lagi untung kalau alter je. Ha, tambahan saya suka jahit zip, potong kaki kain dan jahit mata lalat. Alter pinggang paling tak gemar. Adalah dulu saya alter baju orang sampai harganya lebih daripada sepasang baju kurung.

So, anda rasa mana yang lebih untung? Ada pengalaman atau buah fikiran? Sila komen.

Friday, January 20, 2012

:-)

Assalamualaikum,


Saya telah membuat poll untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang... ya.. rakyat Malaysia.. saya ulang, untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang ingin membeli ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung. Baju kurung yang dimaksudkan ialah baju kurung pesak buluh, iaitu baju kurung biasa. Lihat sebelah kanan bahagian atas.

Saya juga nak tahu, berapakah anda sanggup bayar sekiranya memang buku maya ini lengkap untuk anda. Tak mudah nak hasilkan ebook panduan yang lengkap dan memuaskan hati semua pihak, tapi inshaAllah saya akan buat yg terbaik.

InshaAllah dalam masa terdekat saya akan menjual ebook Panduan Menjahit Kemasan Leher Mata Lalat dan Tulang Belut. Itu perancangan saya setakat ini. Tetapi disebabkan sekarang telah mempunyai suami yang kacak dan anak kecil yang comel, maka  saya mungkin tak dapat siapkan dengan cepat.

Homesolehah masih akan memberi tips-tips dan nota-nota percuma untuk anda pengunjung setia.

Kemungkinan ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung akan menjadi anak emas blog Sebatang Jarum Emas.

Semoga buku yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada seorang suri rumah untuk menjahit baju anak-anak, seorang ibu tunggal untuk menyara kehidupan, seorang gadis yang baru belajar jahit, seorang isteri yang dah tak sanggup nak beli/tempah baju kerana upah yg mahal, dan sebagainya.

:-)

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP