Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 20, 2011

Wahai para ibu, mari jadi canggih!

Assalamualaikum,

Merujuk kepada entry ini setahun lalu, ramai yang tertanya-tanya kenapa saya seakan mahu berhenti daripada blogging. Saya mungkin berhenti, tapi selepas setahun saya kembali. Kenapa lepas setahun? you might ask. Dalam tempoh setahun ni, saya melalui fasa baru dalam hidup saya. Dulu mungkin kurang matang, sekarang mungkin lebih matang. Mari kita tengok apa dah jadi.

More than a year ago, i was SINGLE

Then i got MARRIED

Now, i am a WIFE

and a MOTHER


Tapi sekarang saya buat keputusan untuk terus berblogging inshaAllah.
Gambar di bawah ni adalah antara baju-baju yang saya jahit untuk anak. Baju pertama yang anak saya pakai setelah lahir adalah satu set pakaian yang dijahit oleh maknya. Alhamdulillah. Baju, seluar, booties, mittens. InshaAllah saya akan terus jahit pakaian anak selama dia membesar. Biar anak pakai baju yang dijahit oleh ibunya dengan penuh kasih sayang.

Dulu, mak yang jahit baju saya. Sekarang saya pula jahit baju anak. Wahai para ibu, semoga Allah merahmati anda. Tidakkah anda rasa bahagia sekiranya suami dan anak pakai baju yang anda jahit? Anak dan suami mana pun akan rasa bahagia dan bangga bila pakai baju yang mak dan isterinya jahit. Jika ada ibu yang tak tahu jahit, masih boleh belajar. Sekarang dah banyak kelas jahit, blog-blog, blog sebatang jarum emas, kursus-kursus, buku, majalah, etc. Percuma, berbayar. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi seorang ibu yang canggih, tak perlu tempah baju dan beli di kedai kerana kita boleh jahitkan pakaian anak-anak kita. Semoga Allah redha dan melimpahkan rahmat-Nya kepada para ibu sekalian. Amiin.

p/s: Saya ada baca hadith tentang ganjaran yang Allah beri kepada para ibu yang jahit pakaian anak tapi oleh kerana saya belum jumpa sumber hadith, maka saya tak nyatakan hadith tersebut.




  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP