Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan
Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar)
Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,
42/6= 7cm
Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola bentuk macam mana.. bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2. Kalau tak faham boleh tanya saya.
14 comments:
salam, saya br lg ikut blog ni. u tau tak cara nak pasang kon kat leher baju kurung? please kongsi saya but tak jadi. and lg satu tudung u buat sendiri ke beli? saya nak belajar juga.
emmm..betul tu. Dah lama saya cari kaedah ni.Terima kasih solehah. Nice blog :)
Boleh tak ajar macam mana nak buat baju kebaya nyonya.tq
salam..boleh tak ajar macam mana nak gunting leher cekak musang?sy buat jadi bekedut dan lebih la..
aslmkm.. saudari yang solehah.. baik sungguh hati saudari berkogsi ilmu ini.. terima kasih bnyk2 dan semoga Allah murahkn rezeki saudari.amin
saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana berkongsi ilmu... semoga dimurahkan rezeki...
salam,
terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu yer..sy mintak halal ilmu yg sy ambik ni,semoga saudari diberkati Allah SWT..
Tahniah kerana berjaya membantu memberikan info yg baik ini. Saya merupakan seorang guru fesyen dan ingin juga berkongsi maklumat begini dengan semua orang tp apakan daya kesuntukan masa. Walaubagaimanapun saya memberi sokongan dengan apa yg anda lakukan.
As salam..... Dah lama cari nota ni. Nak tanya.... Macam mana dgn ukuran utk leher baju kurung kanak2? terima kasih
Alhamdulillah... dah menjadi bulan baju kurung saya... terima kasih kerana ikhlas berkongsi ilmu... barakallah.
As salam sis...saya lina nak tanya mcmana nk buat pola leher baju melayu cekak musang( mcm baju kurung )...cara kira dan merajah pola..kurang faham..ukur lilit leher anak 13 inci...br nk belajar buat baju melayu ank umur 7 thn......terima kasih...
Assalamu'alaikum sister. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Saya mohon halalkan ilmu yang saya pelajari.
Assalamualikum...t.kasih atas perkongsian akk ni. Info sgt membantu. Minta izin share info kak tq.
Assalamualaikum.
Terima kasih berkongsi info ini.
Post a Comment