Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 28, 2009

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.

Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.




Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.





Potong ikut bentuk.





Akan jadi camni...





Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.








Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.





Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.


Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.



'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.



Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.


Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.


Terbalikkan lapik dan seterikakan.



Jadi camni...




Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

Saturday, May 09, 2009

Sulaman mata lalat

Assalamualaikum

Hari ni sekali lagi saya pergi ke kompleks belia dan sukan untuk kelas tekat benang emas dan jahit mata lalat. Tadi saya sambung buat tekat benang emas dan saya juga telah belajar benda baru iaitu sulaman mata lalat. Bukan nak cakap besar tapi memang senang je jahit mata lalat ni. Masuk jarum ke sana, masuk jarum ke sini dah siap... hehehe..

Amatur punye jahitan..


Baru siap sikit.. pasni nak sambung lagi..

Saturday, May 02, 2009

Tekat benang emas

Assalamualaikum,

Hari ni saya pergi ke Kompleks belia dan sukan berdekatan dengan Stadium Indera Mulia untuk kursus tekat benang emas. Bayaran sebanyak RM8 untuk pendaftaran. Kursus tekat benang emas diadakan sekali seminggu selama empat minggu berturut-turut. Seronok dapat belajar seni daripada Kuala Kangsar ni. Seramai 40 orang menyertai kursus ni. Peserta akan diberi sijil dengan syarat peserta hendaklah menghadiri kursus selama 4 kali. Tak ramai orang yang tahu seni tekat benang emas ni dan dikhuatiri tiada generasi yang akan menyambung seni yang berharga ini. Oleh itu, sebagai generasi muda saya dengan berbesar hati ingin mengenali dan belajar tentang tekat benang emas. InshaAllah, saya akan update kat blog dari semasa ke semasa tentang kursus yang diadakan. Apa itu tekat benang emas??

Pengenalan

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor. Baca lanjut

Camnilah rupanya tekat benang emas bagi yang tak tahu.... ni bukan saya buat, cuma gambar hiasan..





Saya tak boleh buat video tutorial tentang ini kerana kepada sesiapa yang nak belajar sila pergi sendiri kursus tersebut. Sekiranya saya buat video tentang ini ia tidak adil bagi pihak yang bersusah payah menjalankan kursus ini. Tak silap saya, kursus ini diadakan setahun sekali. Oleh itu, kepada sesiapa yang duduk di Perak, sila cuba tahun depan. Tak sabar rasanya nak tunggu kursus minggu depan untuk menyambung kerja saya. Saya akan tunjukkan hasil kerja saya yang tak seberapa tu.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP