Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 20, 2008

Baju Kurung Pesak Gantung

Mira punye baju kurung pesak gantung..

Hari ni Mira ambik baju raya dia (baju kat bawah). Seronok tengok Mira gembira. Kegembiraan pelanggan adalah kegembiraan saya juga... Rasa sangat gembira bila orang pakai baju yang saya jahit. Lebih gembira dan puas bila diorang sangat sukakannya. Sebenarnya sebelum ni saya tak pernah jahit baju pesak gantung. Bila Mira mintak baru saya jahitkan. Wah wah wah.. baru first time jahit pesak gantung dah try kat kain orang? hehehe.. Alhamdulillah jadi.. Macam dulu, jubah saya yang pertama saya jahit kat kain mahal ekekeke. Tinggi sungguh keyakinan saya waktu tu. Yelah, bila fikir saya tengah jahit kain mahal, tidak dapat tidak saya kena buat betul-betul walaupun percubaan pertama. Alhamdulillah.. saya berpuas hati dengan hasilnya. Berbalik kepada pesak gantung tadi. Baju pesak gantung memang cantik. Sekarang ni, family saya nak pesak gantung je untuk raya ni. Baju kurung pesak buluh dah selalu sangat jadi tahun ni nak buat kelainan.

Apa beza baju kurung pesak gantung dengan baju kurung pahang? macam sama je... lebih kurang je tapi baju kurung pahang lagi kembang daripada pesak gantung. Cara jahit pesak tak sama. Saya lebih suka pesak gantung. Saya merujuk buku Mariam Abu Bakar: Panduan membuat pakaian untuk baju ni. Tapi saya ubah sikit mengikut cita rasa saya.. hehehe jahit baju orang tapi baju saya tak jahit lagi.. baju saya kemudian pun takpe.. lepas raya pun boleh. tak kisah.. dah siap semua baju orang barulah tiba giliran baju saya...





Bahagian leher

Pada bahagian leher baju ni, saya jahit kemasan leher jenis MATA LALAT untuk mengukuhkan jahitan di bahagian leher. Sebenarnya, saya baru je mahir jahit mata lalat. Dulu waktu belajar dengan cikgu saya tak berapa faham pastu saya abaikan hehehe.. sekarang ni bila cuba-cuba buat sendiri barulah tahu senang rupanya jahit mata lalat. Dengan berpandukan tutorial jahitan mata lalat di MyGfl, saya berjaya memahirkan diri dengan jahitan ni. Jahitan Karipap cantik juga tapi bagi saya jahitan mata lalat lebih kukuh. Apa beza Karipap dan mata lalat? Bentuk dan coraknya berlainan. Karipap menggunakan 1 lembar benang manakala mata lalat 2 lembar benang. Karipap 7 lilitan manakala mata lalat 2 lilitan (saya buat 3 lilitan supaya lebih besar. ikut suka..).




Bahagian sisi

Bagi saya, kecantikan baju kurung pesak gantung terletak pada cantuman pinggang. Saya rasa kain yang tak bercorak sangat sesuai dibuat pesak gantung sebab kita boleh nampak cantuman di pinggang. Kalau guna kain bercorak macam dalam gambar rasanya tak nampak sangat cantuman kat pinggang tapi nampak macam baju kurung pesak buluh je (baju kurung biasa). Tapi cantik jugak walaupun kain bercorak. Ikut cita rasa masing-masing. Cantuman tu kena jahit betul-betul selari barulah nampak cantik.




Setakat ni saja... InsyaAllah saya akan post lagi pasal baju kurung pesak gantung. Mungkin lepas raya saya akan buat post seterusnya. Dalam minggu ni saya sangat sibuk. Maklumlah nak raya. Tapi rasa malu kalau nak sambut raya beria-ria sedangkan pencapaian di bulan Ramadan mengecewakan. Malu sungguh!! Kalau ibadat di bulan Ramadan 5 BINTANG ***** barulah seronok nak meraikan Aidilfitri dengan riang gembira.. Beruntung sungguh seorang kekasih Allah ini yang berkata "Alhamdulillah, Allah menjadikan semua bulan sama saja bagi ku" Maknanya ibadatnya pada bulan-bulan lain sama saja hebatnya dengan bulan Ramadan maka takde beza antara bulan Ramadan dan bulan-bulan yang lain. Subhanallah! Ya Allah, kurniakanlah sifatnya kepadaku walaupun sedikit... amin..

Friday, September 12, 2008

Buku Sulaman Benang & Manik Labuci - Rosita Jaafar



Judul : Sulaman Benang & Manik Labuci
Pengarang : Rosita Jaafar
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Fesyen
Mukasurat : 302 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Ulang Cetak : 2005,2006
ISBN : 9676115746

Buku ini mengandungi 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci. Memuatkan panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemporari.

Cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan.

Setiap contoh sulaman dapat memberi idea sebelum mereka pakaian, alas meja, sarung kusyen, alas pinggan, set alas katil atau hiasan.

Gambar dan ilustrasi yang jelas membantu anda memahami dengan mudah.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut dan membeli buku ini.

Thursday, September 11, 2008

Nota Jahitan Langsir Royal Scallop dan Box Pleat

Ramai yang berkunjung ke blog saya mencari nota jahitan langsir scallop dan box pleat. Saya faham Aildilfitri makin hampir. Sudah tentu ramai yang tercari-cari nota untuk menjahit langsir dan baju. Untuk memudahkan anda, saya akan bagi link ke nota jahitan langsir MyGfl. Sila mendaftar dulu, barulah anda dapat melihat nota-nota yang disediakan beserta dengan gambarajah dan ilustrasi. Mari kita gunakan dan memanfaatkan kemudahan yang percuma ini yang disediakan oleh pihak MyGfl.net.my.

- Daftar jadi ahli MyGfl disini.
- Nota Jahitan Langsir Royal Scallop
- Nota Jahitan Langsir Box Pleat

Buku-buku jahitan

Buku-buku jahitan pakaian dan langsir di bawah ini amat berguna untuk dijadikan panduan. Anda boleh membeli buku-buku ini secara online atau di kedai-kedai buku.

*info tambahan : buku-buku kat bawah ni bukan saya yang jual dan tiada dalam simpanan saya. saya cuma letak link kedai buku online untuk memudahkan anda membeli. Setelah anda klik pada buku yang hendak dibeli, lihat sama ada stok masih ada atau tidak di kedai buku online itu. Kalau stok tiada, sila datang lain kali kerana kemungkinan mereka telah mendapatkan stok baru.

Panduan Membuat Pakaian



Panduan Membuat Pakaian
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 55.00
ISBN : 978-967-860-082-8

Sinopsis

Sebuah buku rujukan lengkap yang memuatkan cara-cara asas menjahit pakaian dengan tepat. Dimuatkan panduan terperinci menjahit skirt, kain, blaus, kemeja, slek, gaun, kebaya, baju kurung, jaket dan sebagainya. Bagi jenis pakaian yang lebih rumit, anda boleh mengubah dan mengolah blok untuk memudahkan penyediaan.

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN sesuai dijadikan teks pembelajaran dan rujukan bagi penuntut dan pereka yang berminat dalam seni menjahit. Sifat rajin dan ditambah dengan daya kreativiti dapat menghasilkan pakaian yang dijahit sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Malah, kemahiran dalam bidang ini dapat menjimatkan kos menempah yang tinggi selain menambahkan sumber pendapatan diri dan keluarga.

Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita



Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 21.00
ISBN : 978-983-124-114-1

Sinopsis

Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita adalah lanjutan daripada buku Panduan Membuat Pakaian yang telah diterbitkan sebelum ini. Jika di peringkat awal, anda didedahkan dengan teknik-teknik asas, kini anda digalakkan mencuba teknik-teknik dari segi penyediaan pola.

Penyediaan pola-pola sebenarnya lebih mudah dan masa yang diambil lebih pendek. Dan buku ini penuh dengan cara-cara menyedia pola bagi pakaian-pakaian yang lebih rumit. Seperti lazimnya, susunannya mengikut kategori, dari paling mudah kepada yang paling rumit.

Kreativiti membawa kelainan. Pelbagai gaya penyeri tingkap bagi mencetus idea panduan menghias.

Buku pertama dalam bahasa Melayu yang menerangkan secara terperinci kaedah menjahit langsir. Skil yang diperolehi boleh dijadikan sumber pendapatan keluarga.

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Teknik Menjahit



Variasi Teknik Menjahit
Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-251-3
Harga : RM 21.00

Sinopsis

Menjahit bukannya sukar sangat. Tetapi jika tidak tahu cara-cara dan tekniknya, mutu jahitan akan nampak murah dan kurang berkualiti.

Bagi mendapatkan kemasan yang bermutu, setiap jahitan harus digosok terlebih dahulu. ia akan kelihatan lebih kemas berbanding jika anda menggosok pakaian setelah semuanya siap dijahit. Cuba anda tinjau pakaian yang dijual dibutik. Perhatikan mutu jahitannya. Begitu kemas dan rapi, kan? Setiap panel depan, garisan leher sehingga ke hujung skirt atau lengan nampak cantik sekali.

Variasi Teknik Menjahit diterbitkan khusus untuk memberi panduan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit pakaian wanita. Antaranya ialah kebaya, baju kurung, balaus, jaket, seluar, baju tidur dan hiasan manik. Setiap arahan dilengkapi dengan foto berwarna bagi memudahkan pemahaman.

Berdasarkan pengalaman sebenar, Rosita jaafar mengajak anda berkongsi teknik menjahit yang mudah tetapi terbukti hasil jahitannya. Cara pengajaran yang jelas dan praktikal ini amat senang untuk difahami.

kepuasan sebenar akan lebih terasa seandainya pakaian yang dihasilkan bukan sahaja dapat disiapkan tetapi juga selesa dipakai dan terletak cantik di badan. Anda pasti berasa bangga menyarungkan pakaian hasil kerja tangan sendiri malah tidak mustahil minat menjahit ini akan menghasilkan pendapatan lumayan jika benar-benar fokus mendalami bidang jahitan ini.

Yakinlah dengan kebolehan sendiri dan mulakan menjahit sendiri hari ini juga!

Klik disini untuk membeli buku ini.


Variasi Seni Jahitan




Variasi Seni Jahitan

Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-121-5
Harga : RM 21.00

Sinopsis

PEMILIHAN fesyen dalam berpadanan boleh mempengaruhi penampilan dan citra seseorang wanita. Biar apa jua rekaan, sama ada moden ataupun tradisional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempesona.

Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri adakalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadang-kadang semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan.
Usah bimbang, VARIASI SENT JAHITAN ada jawapannya.

Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik. Dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya.
Kaedah melukis pola, memotong fabrik dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin.
Panduan menjahit sulaman, ros satin, manik dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipraktikkan sebagai sumber pendapatan.

Kehalusan seni jahitan sebenarnya begitu menyeronokkan untuk dibuat sendiri. Apa kata... tunjukkan bakat terpendam anda hari ini juga!

Klik disini untuk membeli buku ini.

Variasi Hiasan Langsir



Variasi Hiasan Langsir
Penulis : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-057-X
Harga : RM 19.90

Sinopsis

Hiasan dalama tidak terbatas kepada golongan mewah dan elit sahaja. Ia adalah milik semua kelas masyarakat. Apa yang paling penting ialah kebijaksanaan menggunakan elemen menghias bagi menghasilkan penyudah yang sempurna dan bergaya. Langsir, misalnya adalah antara kemasiapan yang mudah diganti dan memberi kesan perbezaan ketara asalkan kena dengan konsep dan gayanya.

Variasi Hiasan Langsir ialah sebuah buku yang cukup komprehensif. Saya dapati ia padat dengan pelbagai ilham mencorak tingkap dan mudah dipelajari berpandukan langkah-langkah yang dipaparkan. Apatah lagi bahan-bahan ini boleh dijadikan panduan untuk menggarap keindahan kediaman impian anda. Malah dengan buku ini sebagai rujukan, anda mampu menghasilkan hiasan langsir dengan penuh yakin persis seorang artisan hiasan dalaman profesional

Wan Norlelawati W. A. Aziz
Editor majalah Impiana

Klik disini untuk membeli.

Cara Mudah Menjahit Langsir



Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676117951


Cara Mudah Menjahit Langsir menyediakan panduan mudah untuk menjahit langsir sendiri. Panduan diberikan untuk memilih kain langsir yang sesuai berdasarkan paten yang dipilih. Panduan mengambil sukatan kain juga diberikan. Di samping itu disediakan juga cara mengunting, menjahit dan mencantumkan langsir mengikut paten yang dipilih.

Buku ini disediakan oleh penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar membuat langsir. Adalah diharapkan melalui buku ini, anda boleh menjahit sendiri langsir di rumah anda. Malah ia boleh menjadi sebagai sumber pendapatan yang baik jika anda telah mahir. Anda pastinya mampu mereka paten langsir mengikut kesukaan sendiri dengan belanja yang lebih murah.


Kandungan
1. Pencil Pleat
2. Puff Curtain
3. Ombak Pasir
4. Pleated Skirt
5. Angsana Scallop
6. Princess Scallop
7. Apron Style Curtains
8. Twisted Curtains
9. Formula Span Heading
10. Pleated Skirt Span Heading
11. Double Pleat
12. Bell Pleat
Biodata

Klik disini untuk membeli buku ini.


Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2



Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 65 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789676121037



Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkah yang diberi dapat membantu anda menyediakan langsir yang cantik.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.

Kandungan

Pendahuluan
Cara Mengukur
Giant Box Pleat
Skirt Menara Jati
Skirt Smoking
Angsana Skirt
Single Scallop
Diamond Pleat
Butterfly Pleat
Tivoli Curtain
Ombak Stulang Laut
Plamed Curtain
Plamed Skirt
Scallop Tanjung Puteri
Rekaan Langsir
Biodata

Klik disini untuk membeli buku ini.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP