Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 15, 2014

NV950e dan 3034d

Assalamualaikum,

Lama sudah tidak update post di blog sebatang jarum emas ini. Apa perkembangan terbaru saya? Aktiviti menjahit kurang, maklumlah sudah tak ambil tempahan seperti sebelum kahwin dulu. Tetapi minat masih tinggi cuma komitmen membatasi.Baru-baru ini, Alhamdulillah syukur kepada Allah, saya telah membeli mesin jahit Brother NV950 dan 3034d (jahit tepi). Memang satu keputusan yang agak sukar bagi saya memandangkan sebelum ini saya tak pernah berangan untuk memiliki mesin jahit sulam. Tiba-tiba saja peluang itu datang dengan tiba-tiba.

Ini dia NV950, saya belum habis godeh lagi mesin ni, so tak boleh nak cerita banyak. InshaAllah bila godeh nanti saya update.



Ini pula 3034d, Alhamdulillah mesin ni memang best.boleh jahit tepi biasa dan tepi halus. Jahit tepi halus tanpa perlu menukar tapak. Hanya perlu tukar setting dan tanggalkan satu besi berbentuk L and then you are good to go. Oleh kerana mesin ni portable, jangan pula berharap ianya laju seperti mesin industri.





Sekian dulu.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP