Konvo Bib dan Melaka
Assalamualaikum,
Hari tu kami sekeluarga pergi Melaka untuk menghadiri konvo Bib(sepupu). Sambil menyelam minum ayor, kami pergi jalan-jalan di sekitar Melaka. Tak nak cakap banyak, meh tengok gambar
Dari Ipoh pergi rumah Mak De kat Ayer Keroh.. ni langsir rumah Mak De. apa pulak kaitannya? kaitannya... langsir ni kak Ngah yang jahit so saje nak promote. hehehe
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah... Muzium lebah. Kat situ, kami diberi penerangan oleh uncle yang pakai cermin mata dan berbaju kuning tentang lebah dan madu. Selain melihat sarang lebah dan jenis2 lebah, kami diberi makan anak lebah dalam kepompong urghhh! yikes! tak sampai hati nak makan tapi oleh kerana rupanya macam popcorn dan oleh kerana sifat curiosity sy yang sangat tinggi.. sy pun makan beberapa ketul.. bila masuk mulut je.. rasa macam keropok tapi baunye mashaAllah! pasni confirm tak nak makan dah! pastu uncle tu bagi kami makan madu secara PERCUMA. Ada lbih kurang 7 jenis madu berlainan khasiat yg disediakan utk pengunjung.Saya minum semua madu yang ada termasuklah madu yg baik utk suami isteri(uncle tu cakap) lol tapi orang yang belum kawin bleh minum sekali seminggu je (dan saya belum kawin :P). Saya tak minum madu ni iaitu madu yg khasiatnya utk org tua. Banyak jenis madu, ada yang mahal, ada yang kurang mahal. Madu yang paling mahal adalah MADU DIRAJA (royal honey) yang rasanya macam yogurt. Kena simpan kat freezer pastu kena makan guna sudu kecik(kecik sungguhlah sudu tu). Kenapa ia mahal dan dipanggil royal? sebabnya madu ni bukan daripada askar lebah tapi daripada Queen lebah. Oleh kerana uncle tu sangat ramah dan pandai ambik hati pelanggan (contohnya beliau panggil ayah saya "abang aji" lol) dan beliau kelihatan sangat energetic bila bercakap(mungkin sbb dapat makan madu free tiap2 hari) maka, mak dan ayah pun beli beberapa jenis madu termasuklah Royal Honey. Ni yang kami beli..
Fresh Royal Honey (yg paling kecik dan paling mahal)
Bee Venom Honey( Madu Bisa Lebah)
Madu Cuka epal (vinegar honey) - untuk turunkan berat badan
Madu Biasa (tulen)
Kunjungan ni membuatkan saya terfikir.. sedangkan non-Muslims sangat yakin dengan kebaikan madu ni, Muslims patut lebih yakin kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam. Di situlah letaknya kejayaan. Sy ingatkan ini pada diri saya juga. Saya pun kena amalkan sunnah InshaAllah.
Seterusnya kami pergi ke..... zoo Melaka. Actually, saya sangatlah tak sangka yang saya mampu untuk menghabiskan satu pusingan dalam zoo yg berbukit-bukit tu dengan berjalan kaki saja tanpa naik bas zoo tanpa rehat sebabnya zoo tu besar. Dan selepas keluar zoo tu kami sekeluarga(ayah, mak, kak ngah dan bib) masih bertenaga. Whoa! pecah rekod tu.. Saya rasa mungkin sebab kami makan madu yg pelbagai khasiat tu. kemungkinan besar kalau pergi tanpa makan madu, kami semua mungkin dah collapse dan kaki pun lembik. Jadi, kalau anda nak pergi zoo Melaka, sila pergi muzium lebah dulu dan minum semua madu free. Adalah lebih kurang 3-4 jam kami dalam zoo tu.
Nak naik kuda kena bayar Rm 3 kalau tak silap utk dewasa. Rasa mcam nak naik lagi sekali, tapi sebab hujan niat dibatalkan. Pastu ingat boleh naik gajah tapi.. gajah sedap tidur waktu hujan..
After zoo, kami rehat-rehat dulu kat rumah Mak De. Malam tu kami pergi ke Melaka River Cruise untuk naik bot. Rasa macam kat Italy pulak(macamlah pernah pergi Italy) hehehe. Saya pernah pergi naik bot di Italy dan dengar org menyanyi sambil menyaksikan pemandangan apabila saya menjadi Nancy Drew, teenage detective dalam game ni
Nancy Drew®:
The Phantom of Venice
Seronok jugak naik bot kat river cruise ni.. sambil menyaksikan pemandangan dan dibelai angin..
tiket RM10 untuk dewasa
Lepas river cruise, ingatkan nak naik menara taming sari tapi.. ramai org dan waktu pun dah lewat.. esoknya nak kena bangun awal pegi konvo Bib kat Utem.
Esoknya, kami pergi ke dewan Utem yang besar dan baru dibina. Ingatkan adalah Tun Mahathir dan isteri datang hari tu... rupanya hari lain. Saya dan Kak Ngah duduk bersebelahan kat bahgian belakang dan tepi sekali. Mak pulak duduk kat belakang kami di sebelah kawan baru. Sambil tunggu majlis mula, dua adik-beradik ini berposing ambil gambar(kat tempat duduk). Sebelum majlis bermula, para hadirin diingatkan supaya tidak mengambil gambar tapi dengan tenangnya sorang mak cik tu tangkap gambar anak beliau yang sedang berjlan ke tempat duduk dan beliau menggunakan flash masa majlis. lol. ok i have to admit, saya pun ambil gambar jugak masa majlis tapi takde flash yg terlibat :P Oleh kerana lambat lagi nak tunggu Bib, saya telah tertidur (sebab ngantuk yang teramat) dan orang-orang yang naik tangga kat sebelah saya boleh nampak sy sedang tidur.
Lepas berposing dengan graduan Utem ini, kami pergi makan kat Melaka Mall. Pastu kami siap packing dan balik ke Ipoh...