Assalamualaikum,
Saya telah membuat poll untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang... ya.. rakyat Malaysia.. saya ulang, untuk mengetahui berapa ramaikah rakyat Malaysia yang ingin membeli ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung. Baju kurung yang dimaksudkan ialah baju kurung pesak buluh, iaitu baju kurung biasa. Lihat sebelah kanan bahagian atas.
Saya juga nak tahu, berapakah anda sanggup bayar sekiranya memang buku maya ini lengkap untuk anda. Tak mudah nak hasilkan ebook panduan yang lengkap dan memuaskan hati semua pihak, tapi inshaAllah saya akan buat yg terbaik.
InshaAllah dalam masa terdekat saya akan menjual ebook Panduan Menjahit Kemasan Leher Mata Lalat dan Tulang Belut. Itu perancangan saya setakat ini. Tetapi disebabkan sekarang telah mempunyai suami yang kacak dan anak kecil yang comel, maka saya mungkin tak dapat siapkan dengan cepat.
Homesolehah masih akan memberi tips-tips dan nota-nota percuma untuk anda pengunjung setia.
Kemungkinan ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung akan menjadi anak emas blog Sebatang Jarum Emas.
Semoga buku yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada seorang suri rumah untuk menjahit baju anak-anak, seorang ibu tunggal untuk menyara kehidupan, seorang gadis yang baru belajar jahit, seorang isteri yang dah tak sanggup nak beli/tempah baju kerana upah yg mahal, dan sebagainya.
:-)