Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label bakso. Show all posts
Showing posts with label bakso. Show all posts

Wednesday, July 01, 2009

Bakso!!

UPDATED - OLEH KERANA KAK JI MINTAK RESEPI JADI SAYA TAMBAH RESEPI KAT POST NI.

Hari Sabtu lepas try buat bakso.. ALhamdulillah berhasil dan sedap! saya suka! jadi jugak bebola tu..selalu makan kat kedai punye je.. sekarang ni kalau teringin bleh la masak sendiri.. kalau masak sendiri saya boleh kontrol bahan apa yang saya nak masukkan. kalau kat kedai guna perasa, saya pulak tak suka guna perasa.. oleh itu, masak sendiri adalah pilihan yang bijak hehehe nilah hasilnya.. sempat snap gambar sebelum makan..




saya masukkan sambal kicap ke dalam


pedasnya!! sampai keluar air hidung dan air mata, sampai bibir pun bengkak hehehe tapi saya suka! lagi pedas lagi bagus!


RESEPI

BAHAN-BAHAN

Kuetiow (yg kecil seeloknya.. mihun atau mi pun bleh jugak. ikut citarasa masing2)
Kobis dihiris halus

UNTUK BEBOLA

  • 600g daging cincang
  • 3 sb tepung jagung
  • 1/2 sb lada putih serbuk
  • 1sb ketumbar serbuk
  • 1 sk jintan manis serbuk
  • 1sk jintan putih serbuk
  • 2 hiris halia (tumbuk hingga lumat)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk hingga lumat)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
UNTUK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • sedikit serbuk lada sulah
  • air rebusan ayam/daging (ikut suka nak banyak mana)
  • garam secukup rasa
CARA-CARA

1. Untuk kuah tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
3. Masukkan air rebusan ayam atau daging, serbuk lada sulah, garam.
4. Untuk bebola, campurkan kesemua bahan untuk bebola dan gaul. Bentukkan bulat dan masukkan ke dalam kuah setelah kuah mendidih. Bebola masak apabila telah timbul.
5. Kisar cili padi atau cabai burung bersama kicap manis.
6. Celur kuetiow dan kobis.
7. Hidangkan, nak bubuh daun sup atau bawang goreng pun boleh dan bubuhlah cabai banyak mana yang nak. Ataupun macam saya, sehingga air mata dan air hidung keluar dan sehingga bibir pun bengkak hahaha =P

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP