Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 21, 2009

Kelas menghias kek

Assalamualaikum,

Info dibawah ini di post kat channel youtube saya oleh pihak Rizqin.

Assalamualaikum, kepada ejen-ejen, pelanggan & kenalan yang dihormati. RIZQIN PRODUCTS SDN. BHD (kek coklat moist) akan ke udara dalam program 'SINGGAH SAHUR' di TV3 pada 21 OGOS 2009, jam 12.30 tengah malam ini dan ulang siaran pada 23 OGOS 2009 (ahad), jam 6.30 petang. Harap Maklum. Terima Kasih.

Oleh kerana jadual yang padat, saya telah terlewat untuk menulis tentang kursus ini. Hari Ahad yang lepas 19/7/2009, kelas menghias kek telah diadakan di kompleks belia dan sukan negeri Perak dari pukul 8.45 pagi sehingga 5 petang. Yuran pendaftaran sebanyak RM12. sudah tentulah saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas ini. Saya pergi dengan kak yong dan kak ngah. Dalam kelas ini kami menyaksikan demo menghias kek oleh cikgu Adlina Ismail, Director of Rizqin Products SDN.BHD. Bagi saya, kelas ni sangat seronok sebab banyak benda yang saya pelajari, penerangan cikgu mudah dan cara kerja cikgu kemas dan teliti macam Martha Stewart hehehe. Cikgu Adlina memang nampak cekap dan professional Saya telah merakamkan gambar dan video untuk tatapan anda. Enjoy..














video..








Akhir sekali..... masa untuk menerima sijil.. yay! (yang warna ungu kat sebelah tu tidak boleh didedahkan identitinya..) sijil disampaikan oleh Puan Adlina.


Sesiapa yang nak belajar menghias kek atau nak beli kek dan lain-lain bolehlah pergi ke Rizqin atau menghubungi mereka.





Hari Sabtu dan Ahad ni saya nak pergi kursus homepage pulak.. can't wait for it!

nota kaki ~ kursus homepage adalah kursus terakhir sebelum bulan puasa.. Untuk mengelakkan salah faham, biar saya terangkan. Kursus yang diadakan di kompleks belia dan sukan negeri Perak adalah berlainan daripada kursus menghias kek di Rizqin. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kursus menghias kek di kompleks belia dan sukan hanya dikenakan caj sebanyak RM12 manakala kursus menghias kek di Rizqin sila tanya pada pihak Rizqin.

Wednesday, July 01, 2009

Bakso!!

UPDATED - OLEH KERANA KAK JI MINTAK RESEPI JADI SAYA TAMBAH RESEPI KAT POST NI.

Hari Sabtu lepas try buat bakso.. ALhamdulillah berhasil dan sedap! saya suka! jadi jugak bebola tu..selalu makan kat kedai punye je.. sekarang ni kalau teringin bleh la masak sendiri.. kalau masak sendiri saya boleh kontrol bahan apa yang saya nak masukkan. kalau kat kedai guna perasa, saya pulak tak suka guna perasa.. oleh itu, masak sendiri adalah pilihan yang bijak hehehe nilah hasilnya.. sempat snap gambar sebelum makan..




saya masukkan sambal kicap ke dalam


pedasnya!! sampai keluar air hidung dan air mata, sampai bibir pun bengkak hehehe tapi saya suka! lagi pedas lagi bagus!


RESEPI

BAHAN-BAHAN

Kuetiow (yg kecil seeloknya.. mihun atau mi pun bleh jugak. ikut citarasa masing2)
Kobis dihiris halus

UNTUK BEBOLA

  • 600g daging cincang
  • 3 sb tepung jagung
  • 1/2 sb lada putih serbuk
  • 1sb ketumbar serbuk
  • 1 sk jintan manis serbuk
  • 1sk jintan putih serbuk
  • 2 hiris halia (tumbuk hingga lumat)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk hingga lumat)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
UNTUK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • sedikit serbuk lada sulah
  • air rebusan ayam/daging (ikut suka nak banyak mana)
  • garam secukup rasa
CARA-CARA

1. Untuk kuah tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
3. Masukkan air rebusan ayam atau daging, serbuk lada sulah, garam.
4. Untuk bebola, campurkan kesemua bahan untuk bebola dan gaul. Bentukkan bulat dan masukkan ke dalam kuah setelah kuah mendidih. Bebola masak apabila telah timbul.
5. Kisar cili padi atau cabai burung bersama kicap manis.
6. Celur kuetiow dan kobis.
7. Hidangkan, nak bubuh daun sup atau bawang goreng pun boleh dan bubuhlah cabai banyak mana yang nak. Ataupun macam saya, sehingga air mata dan air hidung keluar dan sehingga bibir pun bengkak hahaha =P

Thursday, May 28, 2009

Tutorial membuat lubang leher baju kurung

Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan berserta rajah.

Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.




Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.





Potong ikut bentuk.





Akan jadi camni...





Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.








Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.





Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.


Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.



'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.



Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.


Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.


Terbalikkan lapik dan seterikakan.



Jadi camni...




Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP