Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 21, 2015

Dapatkan sekarang!

Assalamualaikum, Jemput tengok video di bawah.

Tuesday, January 20, 2015

Pelancaran Ebook



Assalamualaikum semua,

Hari ini Ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung telah mula di jual di website sebatangjarumemas.com

Setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook panduan ini syukur kepada Allah. Setakat ini terdapat dua tajuk ebook yang dijual di sebatangjarumemas.com iaitu Ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung dan Ebook Panduan Menjahit Mata Lalat.

Kepada anda yang memerlukan panduan lengkap untuk menjahit baju kurung maka ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung adalah yang tepat untuk anda. Sekiranya anda sudah pandai jahit baju kurung dan hanya ingin belajar menjahit mata lalat maka Ebook Panduan Menjahit Mata Lalat adalah untuk anda.           Dapatkan kedua-dua ebook ini pada harga pengenalan!


Saturday, January 17, 2015

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharapkan pembaca sekalian berada di dalam kesejahteraan. InshaAllah selain daripad menjual ebook, sebatang jarum emas juga akan menjual pelbagai corak sulaman. Website masih dalam pembinaan dan belum boleh dilancarkan lagi. Saya sejujurnya tak sabar nak lancarkan website dan ebook. Tapi saya tak mahu terburu-buru sebab saya mahukan hasil yang elok. Saya telah komited dan berikan seluruh daya dan upaya saya dalam penghasilan produk-produk yang akan dilancarkan. Saya berharap pelanggan saya kelak berpuas hati. Sekian dulu.

Thursday, January 15, 2015

Tawaran ditutup

Assalamualaikum semua, terima kasih kepada yang telah menghantar email kepada saya untuk mendapatkan ebook panduan lengkap mnejahit baju kurung secara percuma. Kini, tawaran telah ditutup. Tahniah kepada yang berjaya mendapatkan ebook ini terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan. Kepada yang lain, dapatkan ebook pada harga pengenalan. Nantikan kemunculannya!

Wednesday, January 07, 2015

Ebook percuma!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan izinnya saya telah menyiapkan ebook sulung saya iaitu Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung. Ebook ini belum dilancarkan lagi. Masih dalam proses semakan. Oleh itu,

Saya sedang mencari 3 orang yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

- Tak pernah jahit baju kurung biasa/pesak buluh
- Tiada asas menjahit
- Mempunyai minat yang tinggi untuk menjahit
- Tidak mudah berputus asa
- Berusaha memperbaiki mutu jahitan
- Jujur dan amanah
- Bersungguh-sungguh

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, sila hantar email pada saya di solehahnsh@gmail.com. Saya akan memberi ebook panduan lengkap menjahit baju kurung secara percuma kepada yang terpilih untuk anda cuba sendiri ebook ini. Hanya untuk yang serius sahaja. Sila hantar email dan bukan pm. Terima kasih.

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP