Related Posts with Thumbnails

Friday, November 07, 2014

Ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung

Assalamualaikum,

Anda tentu pernah mendengar tentang ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung di mana-mana di dalam blog ini. Ebook itu masih dalam proses untuk disiapkan. Minta maaf pada yang tertunggu-tunggu dan tak sabar-sabar untuk memiliki ebook ini. Saya sedang memberikan yang terbaik untuk menghasilkan ebook ini dan ia mengambil masa yang agak lama kerana komitmen yang ada. InshaAllah, sekiranya ebook siap, saya akan wujudkan satu website lain khusus untuk menjual ebook hasil Sebatang Jarum Emas.

Ebook ini bertujuan untuk membantu orang ramai belajar menjahit baju kurung di rumah khususnya untuk anda yang tidak ada masa untuk pergi kelas jahit, tak boleh tinggal anak dengan orang lain untuk belajar jahit, tak cukup duit untuk pergi kelas jahit yang anda tidak mampu. Ebook ini juga sesuai untuk golongan yang tidak ada asas jahitan hinggalah yang sudah pandai menjahit.

Saya berharap, ebook ini dapat membantu anda menjimatkan wang dengan menjahit baju kurung sendiri dan juga supaya anda boleh mengambil upah menjahit untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Nantikan kemunculan Ebook Panduan Lengkap Menjahit Baju Kurung.


  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP